Selepas menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Anak-anak - TopicsExpress



          

Selepas menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Anak-anak Kerdau Temerloh Berhad (KOANKAD) @ 24 Ogos 2013, bergegas pula ke BBST Sepang untuk menghadiri jamuan hari raya anjuran JPP BBST. Sambutan yang sangat baik dari semua taman-taman dalam Zon BBST. Setiap taman menyediakan makanan / jaudah secara gotong-royong. Ini akan mengeratkan kerjasama sama dan menjalinkan silaturrahim yang lebih erat dikalangan masyarakat setempat. Majlis bermula dari jam 5.00 petang hingga 9.000 malam. Diantara aktiviti yang diadakan ialah solat maghrib berjemaah, solat hajat, pengkisahan Mesir Berdarah, solat Isyak berjemaah, cabutan no bertuah, gerai terbaik, hadiah misteri dan lain-lain lagi. Koperasi Wawasan Seroja Sepang Berhad (KWSSB) telah membekalkan khemah untuk majlis tersebut. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sepang, Pengerusi JPP BBST (U), pemimpin2 setempat, wakil2 taman & wakil2 NGO. Perpaduan Negara hanya akan tercapai apabila setiap entiti masyarakat hidup dalam keadaan aman, harmoni, makmur, penuh dengan sikap toleransi dan bekerjasama bagi mencapai matlamat bersama. Tahniah kepada penganjur & terima kasih kepada semua yang terlibat. Sesungguhnya Jemaah yang lebih besar dan lebih kuat adalah lebih disukai oleh Allah. Jesteru itu, marilah kita berganding bahu, mengorak langkah; membina kekuatan ummah dalam segenap aspek kehidupan.
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 16:15:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015