Semalam aku berbuka puasa di kg. Selesai berbuka puasa dan solat - TopicsExpress



          

Semalam aku berbuka puasa di kg. Selesai berbuka puasa dan solat maghrib, aku pulang ke Klebang Restu. Sampai di Klebang Restu, aku dukung anak yang sedang tido dalam kereta ke dalam rumah. Cuma sorang anak aku je yang tak tido. Selesai keluarkan makanan yang dikirimkn oleh orang tua aku dari kete untuk bersahur nanti, aku bagitau isteri aku, aku nak ke bank sekejap. Nak bank in duit nafkah dan duit perayaan anak-anak aku yang duduk dengan bekas isteri aku yang dulu. Selesai bank in, aku singgah restoran nasmir, klebang restu. Minum teh tarik. Sedang aku menanti teh tarik, aku menonton citer orang putih. Citer perisikan dalam pukul 10.30pm. Sambil menonton, aku hantar mesej pada anak sulung aku mengatakan aku dah bank in duit untuk perbelanjaan diaorang untuk 3 beradik. Bertalu-talu mesej anak sulung aku masuk ke dalam peti masuk menceritakan masalah dia. Sebagai seorang ayah, aku melayan setiap mesej yang anak aku hantar. Aku peka setiap ape yang dia luahkan pada aku sebagai prihatin dan ambik berat terhadap masalahnya. Lebih kurang sejam lebih aku bermesej dengannya. Sampai masanya mesej aku tak dibalas, mungkin anak aku dah terlelap atau kehabisan kredit atau akur apa yang aku nasihat dan kata-kata perangsang yang aku hantar dalam fon anak aku tu.. Sambil berbalas mesej tadi, aku minum teh tarik dan mata sekali sekala aku memandang ke skrin besar depan aku. Sedar tak sedar, sampai dua gelas teh tarik aku order. Sebab asyik berbalas mesej dengan anak aku. Kebetulan aku free dan takde kawan nak berborak. Selesai menonton sampai citer tu tamat, aku pun bangun nak ke kaunter buat pembayaran. Ketika aku nak bayar, aku terserempak mael ya dengan jamil. Bukan si jamil dalam citer p.ramlee madu tiga tu...tapi jamil kawan aku satu sekolah dulu-dulu. Aku terus tegur diaorang, bersalaman sambil duduk bertanya kabar. Kalau aku tau diaorang ada kat situ, dah pasti aku join dok sekali tadi. Tapi mael bagitau dia ada hal dan dah lewat malam, kami hanya dapat berborak sekejap saja. Lagi pun jamil nak keje pagi ni. So, kami pun bergerak menuju ke destinasi. Aku terus bayar bil aku kat kaunter. Dan tak secara langsung selepas bayar, aku menuju ke tempat parking kete aku dan di depan aku mael. Mael tak perasan aku dibelakangnya. Tiba-tiba aku tengok mael belok ke kiri, masuk ke dalam sebuah premis. Premis ni setahu aku tempat main mesin kuda. Dalam hati aku, tadi kata nak balik sangat ke rumah. Aku tak puas hati, aku panggil dia, ke mana tuu?? Dia jawab, ada hal kejap.. Mai la..katanya. Aku balas, takpelah...aku nak balik..esok nak bersahur.. Aku pun masuk ke dalam kete, start enjin, masuk gear reverse, masuk gear 1 dan seterusnya menuju ke rumah. Si jamil aku tak nampak kelibatnya lagi. Mungkin dia parking kete di tempat lain. Dalam hati aku berkata-kata, si mael ni dah minat main kuda pulak ke?? Aduyaiii.... Mael.. Mael..
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 18:06:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015