Semalam mengikuti sahabat saya ke sesi dialog oleh Krew Lepak - TopicsExpress



          

Semalam mengikuti sahabat saya ke sesi dialog oleh Krew Lepak Maqasid. Jika ada kelapangan insha Allah saya akan nukilkan beberapa perkara yang amat penting untuk renungan bersama (terutama orang muda). Jika boleh saya sentuh sikit; Ada orang di dunia ini yang berbuat baik, walaupun dia tak beragama. Berdasarkan realiti ini, ada dalam kalangan orang Islam sendiri (apatah lagi bukan Muslim) membuat kesimpulan bahawa justeru agama itu tak diperlukan lagi, kerana tanpa agama pun, orang boleh buat baik. Buat baik yang dimaksudkan ialah contohnya membantu orang yang ditindas, dizalimi, orang miskin dan sebagainya- keadilan sosial etc. Perkara di atas mengingatkan saya bahawa ada pula pihak yang mengatakan bahawa aspek ketuhanan, kerohanian itu lebih penting, walaupun berlaku penindasan, kezaliman itu semua tak penting (atau secondary) berbanding aqidah (Tauhid). Jika kita teliti dengan baik, kedua-dua pendirian di atas bermasalah. Memisahkan keduanya itulah masalahnya. Saya ingin menyeru kepada diri sendiri dan rakan-rakan, kitalah penyebab orang lari daripada agama, membenci agama. Kita mesti pelihara kesatuan dan hubung kait iman dan amal soleh dengan ikatan yang sekuat mungkin. Jangan kerana kelemahan dan kesombongan kita, orang fikir agama sudah tak lagi relevan. Namun, bukanlah ruangnya di sini untuk berbahas panjang tentang hal itu. Lebih penting, bukanlah saya orang yang paling layak berbicara mengenainya. Namun suka saya bawakan sedikit coretan di blog yang terkandung juga di dalamnya kalam ulamak di bawah. Moga bermanfaat sebagai renungan buat diri saya dan rakan-rakan. 1. Hadis-hadis itu menyesatkan, melainkan bagi mereka yang faqih (menguasai ilmu feqah). -Ibn Uyaynah 2. Setiap ahli hadis (man of hadith) yang tidak ada imam dalam bidang fiqah adalah sesat. -Ibn Wahb amirulasyrafhanaffi.blogspot/2013/11/renungan-atas-pegangan.html
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 00:32:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015