Semasa pilihan raya presiden Mesir pertama selepas kejatuhan Hosni - TopicsExpress



          

Semasa pilihan raya presiden Mesir pertama selepas kejatuhan Hosni Mubarak, rakyat Mesir perlu memilih seorang dari lima orang yang mencalonkan dirinya untuk menjadi presiden Mesir, untuk menggantikan junta tentera yang memangku kerajaan sementara selepas Mubarak dijatuhkan. Empat dari lima calon, ialah calon anti-Mubarak. Seorang adalah pro-Mubarak, iaitu Ahmad Shafik, bekas perdana menteri Mesir di zaman Mubarak. Akibatnya, undi anti-Mubarak berpecah walaupun hakikatnya undi anti-Mubarak melebihi pro-Mubarak. Kerana tiada satu pun calon yang menang melebihi 50%, sistem dua pusingan perlu diadakan. Dua orang calon teratas layak untuk pusingan kedua. Yang tinggal, ialah Mohammad Morsi, dari Ikhwanul Muslimin, dan Ahmad Shafik. Ramai dari golongan liberal, dan golongan middle class, tidak gemarkan Morsi, dan tidak mahu sebuah lagi negara berasaskan teokrasi diwujudkan selepas Iran. Sebelum itu pun, Turki membuang sistem khalifah bagi menggantikan sistem sekular. Sejak itu, mulalah golongan pro-teokrasi ni bercerita tentang kubur Mustafa Kemal Attartuk berasaplah, tak diterima bumilah, macamlah mereka berada di situ sekian lama. Macamlah dia yang kebumikan Attartuk. Cerita-cerita dongeng ini dibuat bagi mewujudkan sentimen membenci sekularisme, dan mewajarkan fahaman mereka agar kerajaan khilafah diwujudkan semula. Mati hidup balik pun orang Turki tak mahu khilafah. Mereka serik dengan pentadbiran semasa itu yang pemimpinnya suka berjimba-jimba di harem serta Perang Dunia Pertama - selepas Uthmaniyyah menyokong Jerman dan Austria-Hungary berperang dengan kuasa British, Perancis dan Russia. Balik semula ke Mesir. Disebabkan pilihan yang ada diantara si bahalol dengan si bangang, rakyat Mesir terpaksa membuat satu perhitungan yang besar. Takkan nak pilih seorang Presiden yang pernah menjadi barua Mubarak, yang memerintah Mesir selama 30 tahun dengan kuku besi dan korupsi? Tapi, Morsi ialah seorang konservatif yang dasar-dasarnya memang tidak meyakinkan rakyat Mesir. Namun, pilihan harus dibuat, dan Morsi menang. Morsi seharusnya sedar, bahawa duduknya punggung beliau di kerusi paling teratas di Mesir itu, kerana sentimen kebencian ke atas Mubarak, bukan kerana rakyat benar-benar menyokongnya. Dia seharusnya sedar, bahawa dengan mengulangi perangai Mubarak akan menjadikan beliau seperti kong kali kong? Lalu, minggu ini, selepas setahun beliau dilantik sebagai Presiden Mesir, rakyat tidak berpuas hati bukan kerana perjalanan kemajuan makin kedepan, tapi makin teruk dari zaman Mubarak. Orang kata, “ala, baru setahun, apa yang kau nak buktikan selama setahun?", tapi, setahun kalau kehadapan tidak mengapa, tapi ini makin teruk dan keterbelakang. Maka muncullah golongan yang menggelarkan diri mereka golongan Tamarod. Tamarod ini ialah mereka yang menjadi ‘vanguard’ kepada revolusi 2011. Mereka ini mahu melindungi negara dari sekali lagi diperintah oleh pemerintah zalim seperti Mubarak. Lalu, ada ramai orang mengkritik golongan Tamarod, terutamanya mereka yang mempunyai ilusi - kerajaan Islam adalah kerajaan terbaik. Hakikatnya, Morsi juga akui perjanjian Camp David yang ditandatangani Anwar Sadat. Kerajaan Morsi juga mengiktiraf kerajaan Israel. Tidak ada apa bezanya pun. Bezanya antara Mubarak dengan Morsi ialah Morsi menghiasi kerajaannya dengan nama Islam supaya ia disokong penganutnya. Tapi ia tetap sama, korup dan sama kong kali kong. Ya, ada yang berkata - adalah tidak demokratik untuk menggunakan tentera untuk menjatuhkan kerajaan. Jadi, naiknya Morsi sebagai presiden pun berpunca dari gerakan jalanan (Arab Spring) dan bukan peti undi. Tanpa gerakan jalanan ini, Morsi masih meringkuk dalam penjara Mubarak. Tanpa gerakan jalanan ini, Mubarak masih lagi presiden dan Gamel Mubarak anak Hosni akan jadi pengganti. Memanglah Mubarak seorang yang diktator, kuku besi, korup, tapi apakah perlu menyokong Morsi yang perangai sama je, cuma dia dari parti Islamis? Bak kata kawan saya, “segala apa kalau asal ada perkataan Islam je, orang semua lupa kekorupan dan kekejamannya". Biar korup dan kejam asal Islam. Kalau kafir tapi baik dan adil dianggap jahat. Kekalutan umat sekarang ialah, tidak tahu beza kejahatan dan kebaikan kerana dikaburkan dengan label-label tertentu. Ilusi kerajaan Islam wujud kerana sekian lama ditindas dari British ke Amerika, lalu ilusi dan harapan itu muncul untuk mengembalikan Uthmaniyyah yang satu masa dahulu kuasa dunia - dengan harapan itulah, mereka mewajarkan apa jua kebobrokan dan kejahatan - atas nama Islam. Garis anak muda seperti Tamarrod, bukanlah menyokong sosok seseorang - seperti Mubarak, atau Morsi, tetapi idea - idea untuk membebaskan diri mereka dari dicengkam kuku besi. Label Islamis, sekular, Syiah atau whatever - hanyalah label. Seperti sardin di dalam tin. Kenapa nak dikisahkan jenama label sedangkan yang patut difikirkan ialah apa yang ada di dalamnya? Kerana memikirkan label itulah - segala karut marut dan ilusi dan harapan palsu mengaburi kebenaran. Morsi tetap barua Amerika. Mubarak tetap barua Amerika. Yang Tamarrod sokong ialah kebebasan individu, siapa sahaja yang memerintah selepas ini - jika mengulangi perkara sama seperti Mubarak atau Morsi akan dijatuhkan juga. Kalau anda fikir revolusi ini hanya satu acara, anda silap. Revolusi adalah satu proses - bahkan memakan masa berpuluh atau mungkin beratus tahun. Dan kalau anda fikir, hanya kerana label Islam anda membenarkan kerosakan yang dilakukan Morsi, dan fikirkan - kenapa negara-negara Islam - masih lagi ditakuk yang sama. Fikirkanlah. Sementara itu, ini adalah quote dari Bashar al-Assad. Saya mungkin tidak menyokong sosoknya, dia adalah seorang yang kejam. Tapi mungkin ini sedikit sebanyak ada kebenarannya. What is happening in Egypt is essentially the fall of political Islam; the type of governing system which the Muslim Brotherhood attempted to advocate regionally. I reiterate that religion should not be deprecated into a particular political practice. Religious preaching should be an independent process, kept away from the specific dynamics and intricacies of political manoeuvring. This experience has failed quickly because it was founded on a flawed basis. Our perception of the Muslim Brotherhood extends broadly to developments in Egypt. Using religion for politics or a certain political party is inevitably destined to fail anywhere in the world. Countries such as Egypt, Iraq and Syria are strategically located and deeply ingrained in the history of the region and have been for thousands of years. Consequently, the peoples of these lands have a rich reservoir of knowledge, awareness, culture and human civilization, which make them immune to deceitful narratives. As the saying goes: you can deceive some people some of the time, but you cannot deceive everybody all of the time. This especially applies to the Egyptians who represent a civilization of thousands of years and a unique Arab nationalist ideology. What happened a year ago was an untestable consequence of the previous ruling party, now the picture has emerged clearer to the Egyptians, and the performance of the Muslim Brotherhood unveiled the lies they expounded at the start of the revolution. The Egyptians are an ancient people and they were able to quickly discover the reality for what it was. We envisaged its failure before it even started. This type of governance is destined to fail since it is incompatible with human nature. The Muslim Brotherhood adopts hypocrisy and aims in reality to create schism in the Arab world. They were the first to raise the sectarian strife in Syria in the 70’s. At that time, sectarianism was not common discourse or phenomenon in Syria. Their objective is to create conflicts, however this is not resonant in societies that have a high level of public awareness, which is why we knew they would fail. - President Bashar al-Assad Bagi saya, kebenaran itu tidak berpihak kepada mana-mana, tapi kita perlu berpihak pada kebenaran. Mungkin anda perlu melihat skop yang lebih luas lagi - tentang hegemoni Amerika di Timur Tengah. Kejatuhan al-Assad adalah penting untuk Amerika untuk pengkalannya menyerang Iran. Iran adalah negara petroleum yang antara terbanyak di dunia. Sebelum itu, Libya telah digulingkan kerana menentang hegemoni Petrodollar. Mesir dibawah Morsi telah memutuskan hubungan dengan Syria. Cuba lihat semua ini. Tamarrod takkan berakhir bila Morsi jatuh. Ia akan terus lawan dan terus lawan kepada aparat yang menindas. Sebab itu lupakanlah ilusi, lupakanlah harapan yang ada di benak sanubari anda untuk melihat sebuah kerajaan Islam di bawah Morsi, kerana itu cuma karut marut yang dilabelkan. Dan sedarlah, hakikatnya mana-mana negara dunia ketiga - kalau tak melawan macam Venezuela atau Iran - adalah macai dan barua Amerika. Tak kisahlah dia berserban atau berkopiah atau bertali leher dan kot. Tolonglah sedar, pada hari-hari akhir Morsi memerintah Mesir, beliau menelefon Obama meminta bantuan. Sedarlah. Hakikatnya, ilusi ini terus dibuai-buaikan agar terus memberi harapan - sedangkan anda masih terbuai dengan mimpi lunak - orang lain dah jauh ke hadapan. Sosialis? Komunis? Haha. Bacalah buku tentang dua cabang tu dulu sebelum berkata-kata. Janganlah hanya baca komen pseudo ustaz di Facebook dan melopong mendengar kata-kata ustaz di Youtube. Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang kita sendiri cari, yang kita sendiri kaji, secara empirikal dan teorikalnya. Bukan dengar kata-kata orang melabon macam dia tahu semua benda. Macam dia tahu semua rahsia CIA dan Mossad semua. Dan terpulanglah, jika anda memilih untuk terus berilusi - kerana macam mana pun, ia tidak akan mengubah apa-apa. Percayalah. Tamarrod, sekurang-kurangnya mereka berani menyatakan perasaan dan apa fahaman mereka. Dan mereka tidak terikat dengan sosok personaliti semata-mata. Orang ini Islamis orang ini sekular orang ini Syiah bla bla bla. Mereka tidak begitu. Ia cuma label - seperti jenama sardin di tin. Semua isinya sama - cuma labelnya lain-lain. Paling penting, label lain-lain pun - semua dikawal oleh syarikat perikanan yang sama. Itulah yang cuba saya sampaikan di sini. Nak terima, silakan. Tak nak terima, fikirkanlah. T.T.G.B
Posted on: Sat, 13 Jul 2013 07:41:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015