Senyum - Bisnes kad thor-baik. Kuasa senyuman bukan sahaja - TopicsExpress



          

Senyum - Bisnes kad thor-baik. Kuasa senyuman bukan sahaja digunakan ketika berasa gembira, dan ceria. Adakalanya, senyuman lebih berkuasa ketika kita sedang mengalami duka cita tanpa dijangka. Benarkah? Boleh cuba jika mahu tahu impaknya. Hakikatnya, senyuman mampu melenyapkan rasa negatif dalam masa yang singkat. Contoh situasi. Sedang kita dalam keadaan mencari barang yang kita perlu guna, kita tidak jumpa barang itu. Rasa geram dan marah mula timbul. Tetapi apabila kita berhenti sekitar dua minit, tarik nafas dan senyum, dengan izin Allah hati kita menjadi tenang. Mengapa? Kerana senyuman, mengeluarkan sejenis hormon yang mampu buat kita lega dan segar. --- 3 Tip Pasakkan Senyuman Satu. Bukan sebut "Threee" tapi sebut "Swweeeeet". Sweet bermaksud manis. Manis adalah senyuman kita semua. Dua. Lihat imej senyuman. Tidak susah, minta bantuan Pakcik Google Image. Tiga. Sentiasa dengar lagu-lagu yang ceria. Contoh lirik lagu, "Senyum. Tak perlu kata apa-apa". --- Itu cerita dalam kehidupan seharian. Dalam perniagaan, senyuman adalah bisnes kad paling utama. Menyambut pelanggan dengan selebar-lebar senyuman adalah jampi halal tanpa lisan untuk memikat pelanggan. Majoriti pemilik perniagaan atau pekerja sudah tahu hal ini, namun tidak mengamalkan prinsip mudah ini. Jika pelanggan tidak membeli produk atau mengambil servis kita hari ini, pasti esok pelanggan yang sama akan datang menjenguk perniagaan kita. Tidak perlu percaya saya. Buat dahulu, sebarkan virus senyuman. Mereka masih tidak beli? Tidak mengapa. Kita sudah pun jual senyuman kita secara percuma. Bahkan, kita sudah tambah pahala untuk dekat ke syurga. Tidak rugi, tidak perlu risau. --- Nampak pelanggan, sambut dengan senyuman. Sudah senyum? Sekarang, gunakan pendekatan perkataan penjual berpengaruh. p/s: Suka status ini? Silakan share untuk sahabat yang lain. Kongsi manfaat, moga hidup terus berkat. Terima Kasih Saudara Aqif Azizan! Penaja Aktif: langkahusahawaninternet/perolehankerajaan.html langkahusahawaninternet/tunetalk.html
Posted on: Fri, 07 Jun 2013 00:16:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015