Seorang rakan sekerja saya baharu sahaja memakai tudung sejak - TopicsExpress



          

Seorang rakan sekerja saya baharu sahaja memakai tudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah. Alhamdulillah. Saya perasan, ramai orang yang gembira, teruja dan seronok melihat perubahannya itu. Hatta mereka yang tidak bertudung juga! Apa yang menarik perhatian saya, rakan sekerja saya itu sangat kool, ok dan ceria setiap kali ada makcik-makcik atau kakak-kakak yang datang mengucapkan tahniah atau memeluknya dengan penuh bangga dan gembira. Seolah-olahnya dia tidak rasa terhina atau diperli pon. Senyum. Saya berkongsikan kisah ini khas buat wanita-wanita di luar sana yang masih belum bertudung (Baca: Tutup aurat). Saya yakin, ramai je wanita-wanita di luar sana yang sebenarnya menanam hasrat untuk bertudung. Cuma disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, mereka terhalang dan tidak punya cukup kekuatan/kemahuan untuk melakukannya. Dan ketahuilah, ramai orang yang akan suka dan gembira dengan perubahan anda daripada tidak bertudung kepada bertudung. Malah lebih ramai lagi orang yang akan rasa gembira dan bersyukur dengan perubahan anda daripada segelintir (mungkin) yang tidak senang dan suka dengannya. Mula-mula mungkin awkward *shiuuhh shiuuhhh angin segan lalu* dan rasa pelik sedikit. Tetapi lama-lama, inshaAllah anda akan biasa dengannya. Malah, anda akan suka dan jatuh chenta pada hikmah dan keseronokan menutup aurat. Memetik kata-kata Puan Mama, "Now I know why God asks women to wear tudung. So that kitorang akan nampak muda sentiasa." Hehehe. Percayalah, anda mampu dan mahu lakukannya. Apa yang anda tunggu lagi..? ;) Nota tapak kaki: Boleh baca cerita pendek ni kalau nak yakinkan anda mengapa bertudung itu sumpah osem lagi bergaya. Moga Allah permudahkan! :D angelwearsgucci.blogspot/2013/05/selazat-ferrero-rocher.html
Posted on: Wed, 12 Jun 2013 09:52:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015