Sepanjang Jalan Kenangan di Shanghai Lama 1. Jambatan Waibaidu - TopicsExpress



          

Sepanjang Jalan Kenangan di Shanghai Lama 1. Jambatan Waibaidu (Garden Bridge of Shanghai) Jambatan Waibaidu yang terkenal merupakan salah satu mercu tanda Shanghai lama. Jambatan ini tetap tersemat dalam ingatan penduduk Shanghai. Walaupun sudah lama, ia tetap kukuh untuk menyaksikan perubahan Shanghai. Jambatan Waibaidu terletak di muara hilir Sungai Suzhou, dan di sebelah barat Taman Huangpu. Ia merupakan laluan yang penting untuk menghubungkan kawasan utara dan timur bandar Shanghai, dan juga mendorong perkembangan kewangan, perdagangan luar dan pengangkutan yang menjadi industri tunggak Shanghai lama. Jambatan yang dibaik pulih pada tahun 2008 ini boleh digunakan selama 50 hingga 100 tahun lagi. 2.Taman Huangpu Taman Huangpu seolah-olah saksi perkembangan Waitan atau lebih dikenali sebagai Bund. Taman yang terletak di sebelah Jambatan Waibaidu dan selesai dibina pada bulan Ogos tahun 1868 ini merupakan taman yang terawal dibina di Shanghai. Kini, Muzium Sejarah Bund di Monumen Pahlawan Rakyat Shanghai di taman tersebut merekodkan sejarah perjuangan bangsa China dalam tempoh seratus tahun yang lalu. Taman Huangpu merupakan lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan yang mempesonakan di Sungai Huangpu. Oleh itulah, ramai pelancong datang ke sini sama ada siang atau malam. 3. Kompleks Bangunan Eksotik di Bund Kompleks bangunan eksotik di Bund mencatat sejarah Shanghai pada masa lalu, juga menyaksikan perubahan Shanghai pada seratus tahun yang lalu. Kompleks bangunan ini terletak kira-kira 1,800 meter dari Jalan Suzhou Utara hingga Jalan Jinling Timur. Terdapat 26 buah bangunan yang seni binanya bercirikan China dan asing di jalan tersebut. Ketika menjejakkan kaki di bumi asing ini pada 150 tahun yang lalu, penjajah telah pun menunjukkan minat terhadap Bund. Selepas lebih seratus tahun berlalu, kompleks bangunan eksotik ini sudah menjadi salah satu mercu tanda Shanghai. 4. Dermaga 16 Pu 16 Pu yang mempunyai sejarah selama 150 tahun, merupakan dermaga yang paling terkenal di Bund. Dermaga ini banyak menyimpan sejarah mengenai kebudayaan Shanghai. Berbanding dengan 16 Pu yang lama, 16 Pu sekarang menyediakan satu landskap tebing sungai yang indah dan harmoni kepada penduduk Shanghai dan pelancong. Tips: Waktu Terbaik Lawatan: Musim bunga dan gugur; Pengangkutan: Bahagian utara Bund berhampiran stesen Jalan Nanjing Timur, gunakan Laluan 2 Keretapi Bawah Tanah. Bahagian selatan Bund berhampiran stesen Xiaonanmen, gunakan Laluan 9 Keretapi Bawah Tanah. Kalau anda mahu tahu lebih banyak maklumat tentang destinasi-destinasi pelancongan di China, sila layari laman sesawang kami, iaitu malay.cri.cn/pelancongan.htm
Posted on: Mon, 29 Jul 2013 08:22:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015