Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk - TopicsExpress



          

Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. "Melukut" ialah kata nama, bukan kata kerja, malah tiada entri "lukut" dalam Kamus Dewan, yang merujuk kepada kata kerja. Dalam peribahasa di atas, perkataan "melukut" merujuk kepada pecahan beras yang halus-halus. Dari sudut bahasa, melukut yang melekat pada gantang (alat untuk menyukat beras) tidak memberi perbezaan timbangan yang signifikan. Oleh sebab itulah melukut dikatakan sebagai tidak mengurangi mahupun memenuhi timbangan. Dari sudut makna, peribahasa tersebut bermaksud "Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya." Perkataan "melukut" boleh juga merujuk kepada dua spesies tumbuh-tumbuhan, iaitu Urophyllum glabrum dan Trichosporum lampongum, sejenis pokok menumpang. Rujukan: prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=melukut prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=melukut&d=11
Posted on: Fri, 06 Sep 2013 02:46:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015