Seringkali kita perhatikan sesetengah individu yang ghairah - TopicsExpress



          

Seringkali kita perhatikan sesetengah individu yang ghairah berkongsi apa jua yang diperolehinya tanpa diselidiki terlebih dahulu akan kebenarannya. Natijahnya besar kepada masa hadapan umat, kerana budaya ini mula menular kepada pembohongan dan pencemaran imej terhadap tokoh ilmuan dan ulamak yang silam. Renungilah peringatan Rasulullah : ﺇﻥ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻟﻴﺘﻜﻠﻢ ﺑﺎﻟﻜﻠﻤﺔ ﻣﺎ ﻳﺘﺒﻴﻦ ﻓﻴﻬﺎ ﻳﺰﻝ ﺑﻬﺎ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺭ أﺑﻌﺪ ﻣﻤﺎ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﻤﺸﺮﻕ والمغرب "Sesungguhnya seseorang yang berbicara dgn sesuatu ucapan yang tidak diteliti(diperiksa kebenarannya) terlebih dahulu, ia akan menyebabkannya dihumban ke neraka sejauh barat dan timur" (riwayat al Bukhari&Muslim)
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 00:53:58 +0000

Trending Topics




© 2015