Siapa Teresa Kok ? Projek yang berkenaan adalah berjumlah RM1 - TopicsExpress



          

Siapa Teresa Kok ? Projek yang berkenaan adalah berjumlah RM1 billion di dua bidang tanah milik Yayasan Selangor di Dengkil PT39693 yang disewakan pada kadar RM25,000 sebulan kepada sekolah agama swasta dan di Kuala Kubu Bahru PT521 yang disewakan kepada PLKN dengan kelengkapan 2 kem,pada kadar RM700,000.Kedua-duanya dianggarkan seluas 40 – 50 ekar. Pada 14 Disember 2011 Yayasan Selangor secara tiba-tiba menerima surat dari Goldsino Investment Development Limited dari Zhuhai China untuk membina Solar Photovaltaic Power Plant di atas kedua-dua tanah tersebut.Dari surat itu yang turut dilampirkan oleh DAPInsider,jelas dinyatakan bahawa syarikat itu telah terlebih dahulu berbincang dengan Teresa Kok mengenai projek tersebut. Pada 19 Disember 2011,Yayasan Selangor mengeluarkan memo untuk melakukan ‘company search’ ke atas syarikat Goldsino.Pada 22 Disember 2011, Yayasan Selangor mengeluarkan ‘Letter of Intent’ (LOI) kepada Goldsino. Pada 27 Disember 2011 Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai urusan dengan TNB ditandatangani oleh pihak Yayasan dan Goldsino.Apa yang berlaku membuktikan ada sesuatu yang tidak kita dalam projek ini. Antara yang paling jelas ialah ia diberikan secara ‘runding terus’ iaitu tanpa tender terbuka. Bayangkan,dengan jumlah projek yang menjangkau RM1 billion,keputusan untuk menandatangani MOU hanya dibuat selepas beberapa hari menerima LOI.Malah,difahamkan ketika upacara menandatangani MOU tersebut,hanya seorang dari pihak Goldsino yang hadir.Lazimnya,bagi sesebuah projek sebesar ini,apatah lagi yang melibatkan pelaburan dari negara luar, proses perundingan sahaja memakan masa bertahun-tahun. Ia juga seringkali melibatkan berbagai pihak termasuk dari kerajaan kedua negara, selain dari pakar-pakar yang berkaitan dengan projek terbabit. Namuh,projek Goldsino nampaknya begitu ‘istimewa’ di mana keputusan boleh dibuat dalam masa yang singkat tanpa membabitkan begitu banyak pihak.Perkara inilah yang dibangkitkan oleh DAPInsider yang percaya bahawa Teresa Kok mempunyai proksi di dalam Goldsino.Blog itu juga berjanji akan menyambung pendedahan ini secara lebih ekslusif. persoalannya,apakah Teresa Kok akan menjadikan dirinya sebagai ‘hero’ dalam isu ini pula ??? Apakah DAP akan terus membela Teresa Kok dari pendedahan ini ??? Bagaimanakah DAP boleh menjelaskan soal ‘rundingan terus’ dalam projek ini sedangkan DAP yang sering melalak melolong kononnya mengamalkan tender terbuka bagi semua projek untuk ‘mengurangkan kos’ dan menepati slogan ‘ketelusan’? Kesimpulannya,video Tahun Baru Cina Teresa Kok hanya dibuat untuk melalaikan kita terhadap perkara remeh sementara DAP menyamun dan merampas apa saja selama PR berkuasa dan tanpa disedari oleh rakyat.Sudah sampai masanya rakyat diasuh agar lebih peka dan tidak mudah terpengaruh dengan emosi kerana DAP sememangnya hanya bermain dengan emosi kita.Ada baiknya,jika kita melebihkan penggunaan akal dan tidak terbawa-bawa dengan sesuatu isu remeh sehingga mengabaikan isu yang lebih besar. Hakikatnya,kita menentang Teresa Kok bukan sahaja kerana beliau rasis,tetapi kerana beliau menggunakan isu rasis bagi mengaburi isu korupsi dirinya dan partinya.
Posted on: Tue, 11 Feb 2014 03:04:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015