Siapa cantik kat sini...?angkat tangan macam saya...hehe..takpe - TopicsExpress



          

Siapa cantik kat sini...?angkat tangan macam saya...hehe..takpe semua boleh angkat tangan sebab semua manusia yang dijadikan tuhan semua cantik-cantik belaka.. cantik tu subjektif...pandangan setiap orang mengenai kecantikan juga berbeza.. Kita tengok seseorang tu tak cantik..tapi pada orang lain pulak cakap dia cantik... contoh : aku pernah tengok sepasang kekasih ni jalan beriringan..si perempuan tu aku tengok sangat- sangatlah cantik..macam model...dan aku tengok lelaki di sebelahnye berkulit gelap dan biasa jer..*jahatnya aku bayangkan si lelaki tadi mesti mukanya ade iras-iras brad pitt..okey di situ dah tunjukkan cantik itu sangat subjektif... Yang berkulit cerah, putih, orang cakap cantik..betul ke..?pada pendapat aku tak semestinya.. orang yang berkulit gelap cantik jugak..kadang-kadang yang berkulit gelap tu hidung dia mancung bak seludang, mata bulat, bibir munggil..cuba korang bayangkan dia kalau dia berkulit cerah, mesti cantik sangat kan... walaupun gelap tapi tetap ade manis betul tak... orang cakap hitam itu menawan ... hitam itu keunggulan ..hitam itu mutu ..*eh ni iklan ape ni..dan betapa orang seni memuji gadis yang hitam manis...siap ada lagu lagi..*sila nyanyi lagu di bawah dengan picing yang betul ye.. "Hitam manis hitam manis, Yang hitam manis, Pandang tak jemu pandang tak jemu, Yang hitam manis pandang tak jemu" pada sesiapa yang rasa diri dia gelap tak lawa, buang perasaan itu ke laut...kerana setiap manusia itu mempunyai kekurangan dan kelebihan.. *eh aku buat motivasi ke nie.. pernah cikgu sekolah aku cakap.. cikgu : saya suka kulit gelap" *padahal dia kulit cerah.. kami : "kenapa cikgu suka kulit gelap?" cikgu : kulit gelap lambat mati.. kami : aikk..?nape cikgu..? cikgu : kulit cerah mudah dapat kanser kulit kalau terdedah pada sinaran matahari yang berbahaya.. aku pun taktau betul ke tak cikgu aku cakap tu..mungkin dia saja bergurau kot..haha..fakta ke auta mintak korang sahkannya..hehe aku ade seorang kawan yang berkulit sangat cerah masa aku di asrama zaman hingusan dulu, walaupun berkulit cerah tapi muka kawan aku ni sangat bermasalah..sangat kasihan aku tengok dia..kulit muka dia merah-merah banyak sangat jerawat..sampai tiap-tiap bulan ade appointment dengan pakar.. dan kawan aku yang berkulit hitam manis, sangat licin mukanya dan takde lansung jerawat dan parut..jadi begitulah ye..cantik sebenarnya pada aku cukup sifat anggotanya...luar bersih dalam pun bersih insyaAllah pasti cantik.. :D sekian untuk motivasi untuk hari ini..kenali diri, kenali jiwa, pasti berjaya...haha ada macam dato fazilah kamsah tak..?ape pun boleh lah.. :D
Posted on: Sat, 07 Sep 2013 18:36:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015