Siaran Iklan dan Lagu Raya di Bulan Ramadan: Bilakah Patut - TopicsExpress



          

Siaran Iklan dan Lagu Raya di Bulan Ramadan: Bilakah Patut Bermula? By Nik Roskiman bin Abdul Samad (dari IKIM) Kita mula dengar hari ini bahkan sebelum mula berpuasa lagi promosi diskaun raya dan kini lagu-lagu raya sudah mula berkumandang di pasar-pasaraya. Yang dibesarkan oleh masyarakat kita ialah sambutan Hari Raya, bukan kelebihan Ramadan itu. Ini adalah satu budaya berupa bidaah sesat yang wujud dalam masyarakat kita sehingga kelebihan, kebesaran, dan kemuliaan Ramadan mula luntur manakala keghairahan merebut malam Lailatul Qadar pula semakin lesu. Jemaah masjid juga seolah terpengaruh dengan budaya ini sehingga menjadikan masjid-masjid semakin lengang berbanding di awal Ramadan dahulu. Budaya ini perlu dihentikan dan semua pihak samada pasaraya-pasaraya, peniaga-peniaga dan stesen-stesen radio sewajarnya bersama-sama mempromosikan kelebihan Ramadhan dan malam Lailatul Qadar dan bukannya mempromosikan potongan harga barangan dan dendangan lagu raya. Sungguh besar ganjaran diberikan kepada mereka yang mengajak orang lain berbuat kebaikan apatah lagi berbuat kebaikan di bulan Ramadan. Kesimpulannya, iklan komersil yang menyiarkan potongan harga atau penyiaran lagu-lagu raya mungkin boleh disiarkan beberapa hari sebelum Hari Raya. Paling lama pun pada pandangan saya seminggu sebelum raya tetapi bukannya di awal-awal Ramadan. Kami di stesen radio IKIMfm hanya mula memainkan lagu-lagu raya paling awal pun seminggu sebelum Hari Raya, jika tidak kurang daripada itu. Wallahu’alam. ♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥ Islam Di Hatiku
Posted on: Sat, 27 Jul 2013 02:38:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015