Sistem Pemerintahan Islam Monarki, Demokrasi, Syura atau sistem - TopicsExpress



          

Sistem Pemerintahan Islam Monarki, Demokrasi, Syura atau sistem apa yang betul ? Pada hari ini banyak debat dibuat dikalangan pemikir-pemikir Islam ada yang menolak sistem demokrasi mengatakan ianya berasal dari barat dan sebagainya. Ada juga menolak sistem beraja (Monarki) dan macam-macam lagi ada pula kata sistem syuralah sistem Islam. Inilah penjelasan ringkas saya. Semasa Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi Nabi dan Rasul, baginda perlu bekerja keras untuk berdakwah. Baginda kalah di Mekah dan berhijrah ke Madinah dan menang di Madinah dengan sokongan majoriti. Baginda menang tanpa bertanding. Apa maksudnya ini ? Kalian fikir dan jawab sendiri. Kempen untuk menegakkan ISLAM diteruskan, semakin hari semakin ramai yang menyertai ISLAM dan akhirnya Rasulullah s.a.w menang kerajaan pusat di Mekah dan menjadi pemimpin tertinggi. Sekali lagi menang tanpa bertanding kerana kehebatannya sebagai Nabi dan Rasul. Apa maksudnya ini ? Kalian fikir dan jawab sendiri. Selepas itu Rasulullah s.a.w digelar dengan gelaran baginda iaitu gelaran yang diberikan kepada raja. Jika sistem beraja itu haram maka mengapa Nabi Muhammad s.a.w digelar dengan gelaran baginda ?. Seterusnya ingatlah di dalam Al Quran ALLAH SUBHANAWATAALA juga menceritakan mengenai raja, contohnya raja dalam surah Yusuf, apakah ALLAH mengharamkan sistem raja ? Jika ada tolong tunjukkan ayat mana di dalam Al Quran yang mengharamkan sistem raja. Apa pun nama sesuatu sistem itu tak penting. Yang penting adalah keadilan dikekalkan, hak-hak rakyat dan hak-hak agama dipelihara. Kesimpulannya sistem demokrasi, sistem monarki, sistem Syura semuanya tidak bercanggah dengan Islam selagi mana ia tidak menafikan hak-hak yang telah ditetapkan oleh ALLAH SUBHANAWATAALA. Dalam sejarah Islam telah terbukti bahawa Demokrasi benar-benar telah wujud sejak hijrah Nabi Muhammad s.a.w tetapi bukannya dengan cara seperti yang sedang kita amalkan hari ini. INSYAALLAH. Wassalam.
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 23:20:40 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015