Soal jawab berkenaan telekung berwarna, telekung nipis, tidak - TopicsExpress



          

Soal jawab berkenaan telekung berwarna, telekung nipis, tidak bertelekung dan sebagainya 1. Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat) 2. dipetik dari : azmieyusoff.blogspot/2011/04/pemakaian-telekung-yang-begitu-sinonim.html antara sedutan dari entri beliau : Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. 3. dipetik dari : azimadiyshop.blogspot/2011/11/hukum-pakai-pakaian-ketat-ketika-solat.html 4.dipetik dari: sidratulmuntaha.tumblr/post/14064375314/assalamualaykum-wa-rahmatullahi-wa-barakatuh-ukhtee Assalamualaykum wa rahmatullahi wa barakatuh ukhtee. Saya ingin bertanya, apakah hukum memakai telekung yang jarang? Macam, telekung kita berwarna putih, dan sememangnya menutup aurat tetapi kalau kita lihat balik, ianya jarang. Kalau pakai t-shirt berlengan pendek di dalam, pasti nampak warna kulit tangan kita. Perlukah kita pakai inner/berlengan panjang/berstoking di bawah telekung itu? Jazakallahu khairan, ukhtee. Anonymous Waalaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh ya ukhti. :) Bismillah.. menurut Ustaz Azhar Idrus, jika nampak warna kulit dari luar telekung/pakaian wanita, tidak sah solatnya. wajib diulang semula solat yg telah dilakukan. tapi jika nampak bayang sahaja, makruh hukumnya, tapi solatnya sah. :) jadi kalau telekung kita jarang, adalah perlu untuk kita cover sepenuhnya dulu sebelum menyarung telekung kita. tak kiralah dengan memakai inner, berlengan panjang atau apa juga, asalkan dapat menutup aurat. marilah sama2 kita perbaiki. sebelum solat check dulu aurat. bimbang nanti yang dapat hanyalah penat. biar susah didunia jangan susah diakhirat. :) wallahu a’lam. wa iyyaki ukhti.
Posted on: Sat, 19 Oct 2013 01:00:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015