Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai - TopicsExpress



          

Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh. Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh. Nabi SAW bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim) Nabi SAW bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim) Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim) “Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim) Nota tambahan: 1. Lafaz & Niat (antaranya) : Usolli sunnatan-Fajri rok’ataini lillahi Ta’ala Maksud: Sahaja aku solat sunat fajar dua raka`at kerana Allah Ta`ala 2. Doa khusus utk solat ini: “Wahai yg hidup selama-lamanya, Wahai yg mempunyai kebesaran dan kemuliaan, aku memohon kepada Mu supaya mghidupkan hatiku dgn nur ma’arifatMu, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah yg menghidupkan yg mati, Wahai Yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang.” Sama sama kita tingkatkan amalan untuk menjadi hamba yang bertakwa....
Posted on: Thu, 01 Aug 2013 19:50:35 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015