Suatu kisah berlaku di Pusat Terapi Islam Al Fatah Zon Melaka - TopicsExpress



          

Suatu kisah berlaku di Pusat Terapi Islam Al Fatah Zon Melaka (TIAF Melaka) Pesakit menghubungi sang faqir menyatakan ingin mendapatkan rawatan, hadir dengan hajat untuk membuang jin asyiq pada dirinya. Encik H : Maaf Ustaz, saya beritahu siap-siap, nanti kalau apa-apa jadi, saya minta maaf awal-awal ya. Sang faqir : Kenapa tu? Encik H : Saya dah pergi kat ramai ustaz termasuk bomoh, semua kata saya ada jin pedamping. Terbaru, saya pergi ke S*****t, ustaz tu scan saya cakap ada jin asyiq kat saya. Ustaz kenal ustaz tu, dia cakap dia kenal ustaz wan. Sang faqir : Oo gitu, jadi sekarang abang ada masalah jin asyiq la ye... Encik H : Betul Ustaz, degil takmau keluar nie.. Kalau ustaz ruqyah mesti saya lost control. Sang faqir : Ok, boleh saya tahu, berapa ramai orang dah abang dah jumpa? Encik H : Huih ustaz, kalau nak kira, memang tak terkira, ramai... Sang faqir : Semua tu cakap abang ada masalah dengan jin kan? Encik H : Ya betul ustaz. (Encik H hadir bersama isterinya Puan N, yang dari awal diam dan memerhatikan sahaja.) (Diagnos dijalankan, hasil diperolehi.) Sang faqir : Ok, saya dah diagnos, memang abang ada jin, susah nak keluar jin nie, memang susah. Encik H : Ya, itulah saya dah cakap. Memang itulah masalah saya. (Sang faqir memulakan bacaan Al Faatihah, pesakit menjerit seakan-akan kesakitan yang amat. Bacaan Al Faatihah dihabiskan.) Sang faqir : Sudah-sudahlah jin oii, jom kita makan pizza. Encik H : Aku takmau keluar, aku hendak dengan dia, dia teman setia aku. (seakan-akan merasuk) Sang faqir : Oklah, kalau betul kau sayangkan dia, kau bagitahu aku, di kemaluan dia ada tahi lalat tak? Kalau betul jawapan kau, aku takkan ganggu kau sampai kiamat, kau duduklah dengan dia Encik H : (Diam seakan-akan berfikir) Ya, ada, dekat bahagian telur dia. Sang faqir mengalihkan pertanyaan pada Puan N dan bertanyakan : Sang faqir : Akak, betul ke dia cakap tu? Puan N : Rasanya suami saya tiada tahi lalat di situ, mana ada. Jerat sudah mengena. Sang faqir : Abang H, sudah-sudahlah tu, buat letih badan saja, kawal diri tu. (sambil menggosok belakang Encik H untuk menenangkannya) Encik H sedar dengan wajah agak kebingungan. Sang faqir : Macam mana abang H? Rasa macam mana? Encik H : Tak tahu nak cakaplah ustaz, rasa macam lega. Sang faqir : Macam nie lah abang H, abang tiada langsung yang dipanggil gangguan jin asyiq, masalah abang kalau dalam psikitrik digelar masalah psikosis, masalah gangguan mental berat di mana seseorang itu hilang kemampuan hendak membezakan realiti dan fantasi. Di rumah, abang H ada bercakap seorang diri tak? (Soal sang faqir pada Puan N) Puan N : Ada ustaz, memang itulah masalah dia kat rumah, anak-anak risau dengan dia. Sang faqir : Kalau dia makan pil penenang, dia akan ok kan? Puan N : Betul ustaz, memang dia kena makan ubat penenang. Macam mana ustaz tahu? Sang faqir : Saya diagnos tadi, ada tanda dia makan pil atau ubat penenang. Encik H : Habis tu, saya nie macam mana ustaz? Sang faqir : Ok, kali pertama abang jumpa perawat, apabila mereka kata abang masalah dengan jin, abang terus terima, dan abang simpan dalam minda, sebab tu apabila dibacakan ayat-ayat suci Al Quran, abang bagi reaksi macam ada gangguan, ini adalah tindakbalas neurosis. Tahu ke apa benda tu? Encik H : Tak Tau Sang faqir : Neurosis nie adalah gangguan emosional relatif jenis ringan, tapi bila lama kelamaan abang biarkan dan tak jumpa cara yang betul, masalah abang dah berlarutan jadi psikosis, sebab itu abang jadi lost control, kalau biar lepas nie, abang akan alami masalah split identity. Puan N : Betul ustaz, memang itu yang pakar psikiatri bagitahu. Encik H tertunduk. Sang faqir : Macam nielah abang H, satu cara saja abang nak sembuh dari masalah nie. Encik H : Macammana tu ustaz? Sang faqir : Solat berjemaah di masjid. Encik H : ish tak boleh ustaz, semua jemaah tengok saya macam nak bunuh saya. Sang faqir : Jangan risau, pergi saja solat di Masjid, ALLAH ada. Encik H : Jadi, takde jinlah dengan saya ustaz? Sang faqir : Ada, jin yang memang susah nak buang. Encik H : Apa tu ustaz? Sang faqir : Itu jin air asia namanya. Abang dengan akak kena pergi bercuti, release tension tu.. Puan N : Saya setuju ustaz, memang dah lama kami tak bercuti, dia sibuk kerja saja, sampailah dia sakit sekarang nie, baru lekat kat rumah. Sang faqir : InsyaALLAH, buat sahaja yang saya sarankan. Semoga ALLAH mudahkan. Ingat ALLAH selalu. Sesi rundingcara diadakan. Sesi terapi tamat dengan Encik H menyatakan Encik H : Iyalah, kenapa saya tak terfikir ya pergi bercuti, sibuk berubat saja. Sang faqir hanya boleh mengukir senyuman sahaja. Untuk menjadi seorang yang bergelar perawat, pakej psikologi perlu ada, supaya kita dapat mengimbangi antara masalah gangguan sebenar dan masalah neurosis. Sememangnya pesakit neurosis yang dari awal dimomokkan dengan hantu, jin, dewa, jembalang pada tubuhnya akan bergetar tubuh apabila dibacakan ayat suci Al Quran, tetapi bukan bermaksud ada gangguan jin dalam tubuhnya. Itu adalah masalah neuron, apabila hipotalamus dan hipokampus dalam otak tengah sudah set bahawa dirinya didiami jin, maka, neuron dalam tubuhnya memberi tindakbalas seperti orang dirasuki jin. Ini juga digelar Semi Epilepsi (separa sawan) Berlainan dengan orang yang benar-benar didiami jin, ada tanda-tanda besar boleh diperhatikan menunjukkan mereka didiami jin(Perkongsian ini khusus kepada Terapis TIAF sahaja). Jujurlah dengan pekerjaan kita. Jangan belenggukan orang awam dengan pemahaman yang boleh jauhkan mereka dari ALLAH. Ayuh, mari, kita sama-sama angkat Perubatan Islam ke kedudukan yang sebenar. Islam bukan agama jumud, malahan begitu juga dengan setiap perkara yang berkaitan dengannya.
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 11:58:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015