Suatu muzakarah untuk membentuk fikir kita iaitu bagaimana agama - TopicsExpress



          

Suatu muzakarah untuk membentuk fikir kita iaitu bagaimana agama islam dapat diamalkan oleh orang islam itu sendiri, sangat2 perlu dibuat dan digerakkan. Pergerakan pendakwah yang bukan islam sedang menular di Sarawak sekarang ini. Mereka bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain. Dari satu rumah ke rumah yang lain. Dari satu individu ke individu yang lain. Mereka gunakan kaedah yg sama yg di lakukan oleh Nabi SAW iaitu berjumpa dan mengajak dgn kasih sayang kepada semua umat manusia. Inilah yang sebenarnya kerja yg perlu dibuat oleh umat islam seluruh alam. Tak kira tua atau mudah, kaya atau miskin, pengarah atau pesawah, juruterbang atau juruselam, welder atau carpenter, teknisen atau eletrisen. Semua nya bertanggungjawap utk mengerakkan dakwah cara Nabi SAW. Satu perkara lagi yg perlu kita prihatin ialah berkenaan dgn anak2 kita orang islam. Boleh kita lihat dimana2 sahaja. Anak orang2 islam. Rempit dijalan, pecah rumah, rogol, dadah, ragut, bergaduh, membunuh dsb. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah ia berlaku secara tiba2? Atau memang sejak kecil terdedah dgn suasana kemungkaran ini? Atau ibubapa memang tidak endah dgn keadaan hidup anak2 mereka? Atau.... Adakah cara didikan yg sedang kita praktikkan kpd anak2 kita ini menjurus mereka kepada syurga atau neraka? Mari kita sama2 fikirkan.... Satu perkara yg kita sama2 risau disini ialah penglibatan pihak berwajib untuk sama2 mengambil bahagian. Kita lihat ada beberapa individu mengambil initiatif sendiri dan peruntukan dan perbelanjaan sendiri untuk mewujudkan sebuah tempat atau sekolah atau madrasah atau pondok untuk melahirkan generasi yg suatu hari nanti akan menjadi penyelamat kepada kemungkaran dunia akhir zaman ini. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal dgn pengorbanan mereka. Kita yang berada disini samada hanya duduk diam tiada tindakan, atau sama2 melangkah seiringan dgn mereka utk membantu dari segi masa, diri dan harta kita demi utk merialisasikan matlamat mereka dan impian seluruh umat islam iaitu utk melahirkan hafiz dan ulama dari bumi kenyalang suatu masa nanti. Masanya akan tiba اِنْ شَآ ءَ اللّة . Samada kita masih ada didunia ini lagi atau kita sudah dijemput oleh Ilahi, ia bukan menjadi persoalannya sekarang kerana segala usaha yg kita buat utk kebaikan umat seluruh alam pasti dan pasti akan dibalas oleh Allah dengan kenikmatan syurga yg kekal abadi. Pihak berwajib juga perlu memainkan peranan utk sama2 berganding bahu membangunkan pusat2 agama ini demi utk melahirkan ulama islam di bumi kenyalang ini. Membantu bukan hanya dgn cara harta dan wang ringgit semata2. Membantu dgn cara memartabatkan dan mengiktiraf institusi madrasah di Sarawak ini sudah cukup utk kita membuka ruang yg luas utk mensyiarkan islam di Sarawak khususnya dan seluruh alam amnya. Kalau kita bandingkan dgn pusat pendidikan agama lain, mereka lebih maju kerana mereka bersatu. Walaupun duduk ditanah melayu tapi mereka tetap maju kerana bersatu. Kebanyakan pusat pendidikan mereka ada berdaftar dgn pihak berwajib. Pusat pendidikan Islam individu pun juga telah banyak kali memohon utk mendaftar tetapi terhalang oleh prosidur2 yg terpaksa dituruti dan sehingga sekarang tidak satu pun pusat pendidikan islam perseorangan ini yg ada sijil daftar. Kesan yg ketara bila pusat ini tidak didaftar ialah seperti Visa paspot utk tenaga pengajar dari semenanjung malaysia tidak dapat dikeluarkan, dana2 yg diperuntukkan oleh jabatan pendidikan bhgn agama tidak dapat disalurkan kepada pusat pendidikan islam ini dan hanya disalurkan kpd pusat agama lain yg berdaftar. Oleh itu disini saya menyeru kpd semua umat islam yg terlibat secara langsung ataupun tidak langsung agar kita sama2 mengambil bahagian dan bergotong royong utk agama sepertimana yg dilakukan oleh mereka yg bukan beragama islam. Kita bukan nak meniru mereka tetapi mereka yg meniru cara Nabi SAW iaitu bersatu dan bermuafakat. Jika kita bertindak dari sekarang, kita akan dapat melihat hasilnya 10 tahun akan datang. Jika kita tidak bertindak dari sekarang, kita juga akan melihat natijahnya kepada anak2 dan cucu kita suatu hari banti. Gunakanlah baki2 hidup kita ini agar menjadi sebagai jambatan atau landasan utk anak cucu kita menikmati islam yg tulin di masa hadapan mereka dan dapat masuk syurga Allah SWT... آمِيْنَ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ والله Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Madrasah Alyamani Maulana Helmi Nancy Shukri Datuk Daud Abdul Rahman Datuk Bandar Kuching Utara Haji Awg Ikwan Sulaiman Ebit Lew Madrasah Al-Khairat Kuching Sarawak Wamy Sarawak
Posted on: Tue, 26 Nov 2013 07:06:20 +0000

© 2015