Sukacita dimaklumkan bahawa satu kumpulan KIK dari UiTM - TopicsExpress



          

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kumpulan KIK dari UiTM (Terengganu) iaitu Kumpulan C7 dari Bahagian Perpustakaan telah terpilih mewakili kampus ke peringkat KiK Kebangsaan anjuran MPCyang telah diadakan pada 1-3hb Oktober 2013 bertempat di Gambang Resort, Kuantan Pahang. Ini merupakan kali pertama penyertaan seumpama ini berjaya dicapai oleh kampus UiTMT. Seramai hampir 300 kumpulan KiK dari seluruh negeri yang merangkumi pelbagai bidang turut serta dalam pertandingan ini. Alhamdullilah kumpulan UiTM (Terengganu) telah memenangi Anugerah Emas 2 Bintang dalam pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan C7 dan semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada kumpulan-kumpulan KIK lain yang sedia ada di kampus UiTM Terengganu untuk berdaya saing.
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 08:51:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015