Sunday, 14 July 2013 RUSUHAN FLAT REBANA,KLANG UTAMA....POLIS BERI - TopicsExpress



          

Sunday, 14 July 2013 RUSUHAN FLAT REBANA,KLANG UTAMA....POLIS BERI AMARAN JANGAN SEBARKAN BERITA PALSU UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN RAKYAT!!!!! KLANG - Polis sedang mengesan suspek kes rusuhan di Flat Rebana, Klang Utama, pada Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, polis masih mengenal pasti suspek terlibat dan sedang mengawal tempat kejadian supaya perkara sama tidak berulang lagi. Dalam pada itu, Shukor meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat laman sesawang atau SMS yang mengatakan kedua-dua mangsa kejadian berkenaan meninggal dunia. “Alhamdulillah, dua mangsa terbabit masih lagi hidup dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) serta keadaannya terkawal. “Saya harap orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang dilemparkan mengenai kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang menggunakan senjata. Semalam, Sinar Harian melaporkan sekumpulan 15 individu menyerang lima lelaki di Flat Rebana, Klang Utama, Khamis lalu. Mereka membuat rusuhan dipercayai untuk membalas dendam susulan seorang lelaki dilanggar dan dipukul sekumpulan empat orang lelaki di Klang Utama, Rabu lalu, yang dikatakan tinggal di flat berkenaan. -OMAKKAU
Posted on: Sun, 14 Jul 2013 09:57:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015