Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengaktifkan tindakan - TopicsExpress



          

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengaktifkan tindakan kecemasan (ERP) kod merah akibat tumpahan diesel yang melibatkan hampir keseluruhan kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur. Ketua Pegawai Operasi SYABAS Datuk Ir Lee Miang Koi berkata, gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat ekoran tumpahan diesel yang dikesan pada muka sauk air mentah loji rawatan air itu. Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia berpunca daripada insiden sebuah lori tangki diesel terbalik. Menurutnya, muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini. dngan ini admin saran kan mna2 kawasan yng berhampiran simpan lah air seckup nya...mungkin bekalan air akn terganggu...
Posted on: Fri, 30 Aug 2013 20:35:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015