Syiah ajaran Salah & Jahat - Nik Aziz "Saya sendiri sudah tiga - TopicsExpress



          

Syiah ajaran Salah & Jahat - Nik Aziz "Saya sendiri sudah tiga atau empat kali melawat Iran atas jemputan tetapi akhir-akhir ini walaupun ada jemput, saya tidak pergi, serabut perut tengok (amalan di Iran). Yang peliknya di dunia ini ada empat mazhab fekah iaitu Hambali, Syafie, Hanafi dan Maliki tetapi kesemua pengikut boleh hidup molek dan tidak bertikam, malah ulama di Universiti Azhar pun berlainan mazhab tidak bergaduh. "Namun antara Sunni dan Syiah kita bergaduh, tidak boleh hidup bersama, kerana apa? Kerana ada satu pihak yang salah dan jahat tetapi paksa orang lain terima dia. Alhamdulillah perasaan gerun kepada Syiah mula timbul di Malaysia, kerana akhbar menunjuk hal dia, mujurlah," katanya ketika menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 08:55:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015