TAK IKHLAS Dahulu waktu zaman Firaun laknatullah memerintah - TopicsExpress



          

TAK IKHLAS Dahulu waktu zaman Firaun laknatullah memerintah mesir, beliau ada seorang jester atau pak lawak yg sentiasa berusaha menghiburkan firaun. Kerja pelawak diraja ni memang hari hari kena perah otak fikir macamana nak buat firaun gelak. Hinggakan makin hari lawaknya makin extreme dibuat demi memastikan firaun gelak. Apabila Nabi Musa (Alaihi Salam = A.S ) diutuskan menjadi rasul, dan Nabi Musa A.S mula masuk istana dan berdakwah terus kepada firaun, kerja pak lawak telah menjadi mudah. Dia kini tak perlu lagi fikir lawak lawak baru. Dia hanya perlu menganjing Nabi Musa A.S sahaja dah cukup untuk buat firaun gelak. Jadi apa sahaja yg Nabi Musa A.S seru atau ajak, Pak Lawak ni akan twist dan jadikan joke kepada firaun. Dahla Nabi Musa A.S ni gagap, makin sedap dia mengutuk. Lama kelamaan, joke menganjing Nabi Musa pun dah basi. Firaun dah boring dan tengah termenung di singgahsana. Pak Lawak dah stress tak tahu nak ejas camna dah.. Tetiba dia dapat idea. Dia pakai pakaian sebijik macam Nabi Musa A.S, rambut dia potong sama juga, dia pakai tongkat gembala yg sama mcm Nabi Musa A.S dan dia masuk istana firaun. Semua menteri dan firaun yg ada dalam balai terkejut melihat Musa datang lagi.. Musa palsu ni cara jalan pun dia tiru Nabi Musa A.S.. Bila sampai depan firaun, firaun sedar dan perasan yg orang itu bukanlah Nabi Musa tapi pak lawak.. Firaun dah senyum.. Tak disangka sangka, pak lawak ni panjat naik tangga Singgahsana dan terus rapat dengan Firaun, semua orang dalam balai yg tak perasan orang tu ialah pak lawak rasa terkejut.. Sebab Nabi Musa tak pernah buat macam tu. Bila Musa palsu ni sampai depan Firaun betul betul depan muka, pak lawak pun menggenggam janggut Firaun dan cakap sambil menarik2 janggut firaun heyy firaun!! K ka kau ni bi bbiila nak sembah Al All Allah? Haaa?!! Menggelekek lah Firaun ketawa dek kerana joke yg dipersembahkan tu walaupun sangat extreme.. Dan ketawalah seluruh para menteri yg hadir terhibur dengan ejekan terhadap Nabi Musa A.S. Tak lama selepas kejadian itu, berlakulah kisah seperti yg selalu diceritakan, Nabi Musa A.S dan kaum yg beriman dikejar oleh seluruh bala tentera firaun. Semua dikerah firaun termasuk menteri dan paklawak tadi, Allah perintah Nabi memukul air laut dengan tongkatnya, laut terbelah dan Nabi dengan kaumnya menyeberang dengan selamat. Bila firaun dan tenteranya melintas melalui belahan laut itu, Allah perintah air untuk berkatup semula. Lemaslah firaun, menteri2 dan tentera dalam laut itu kecuali seorang.. Orang yang Allah selamatkan itu ialah Pak Lawak tadi. Kenapa? Kerana dia telah meniru Nabi Musa dari pakaian, gaya dan percakapan bahkan percakapan dia juga adalah dakwah walaupun dibuat dalam keadaan tak ikhlas, menganjing dan mengejek semata mata untuk menghiburkan firaun. Allah SWT suka perbuatan meniru nabi itu maka Allah selamatkan dia dari bala tersebut. Walaupun dia tidak beriman. So, sama juga dengan kita.. Sebenarnya tak ada istilah tak ikhlas lagi, belum sampai seru lagi.. Perintah Allah ialah perintah yang mesti dilaksanakan walaupun kita tak suka, tak ikhlas. Dan Allah suka bila kita tiru Nabi SAW kita. Walaupun kita tak pandai agama, gagap, gi solat pakai serban jubah tapi gi pasar malam pakai seluar pendek. Biarlah.. Nanti Allah akan bagi hidayah. Asalkan kita berusaha untuk sukakan Allah. Buat apa yang Nabi buat Allah akan suka. Suka apa yg Nabi suka Allah akan suka. Risau apa yg Nabi risau Allah akan suka dan buatlah WALAUPUN kita berpura pura. Insya-Allah Allah akan bagi kita kefahaman agama.. Semoga Allah suka pada kita. Allahualam. **text ini diringkaskan dari satu bayan orang tabligh yg saya dengar**
Posted on: Sat, 01 Feb 2014 03:41:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015