TARIKH PENDAFTARAN PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI DAN PENILAIAN - TopicsExpress



          

TARIKH PENDAFTARAN PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI DAN PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2013 Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh saudara/saudari mendaftar pengesahan bagi tamat latihan industri Sesi Jun 2013 di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) adalah seperti butiran berikut ; Tarikh : 06 November 2013 (Rabu) Masa : 8.15 pagi hingga 10.15 pagi Tempat : Jabatan masing-masing 3. Sehubungan dengan itu, semasa pendaftaran pengesahan tamat latihan industri saudara/saudari perlu membawa bersama perkara-perkara berikut; i. Laporan Akhir Latihan Industri yang lengkap dan telah siap dijilid; ii. ‘Reflective Journal’ atau Buku Laporan Harian; iii. Surat/Salinan surat pengesahan tamat menjalani Latihan Industri dari Organisasi Latihan; iv. Markah ‘Practical Task – Appendix 1’ yang telah dilengkapkan (sekiranya belum diserahkan ke Upli Psas); v. Markah ‘Reflective Journal – Appendix 2’ yang telah dilengkapkan (sekiranya belum diserahkan ke Upli Psas); vi. Salinan ‘My Internship Reflection’ yang telah dilengkapkan (untuk mendapatkan borang sila muat turun dari laman portal PSAS); vii. Salinan ’soft copy-slide’ sebagai bahan bantu semasa pembentangan latihan industri pelajar beserta komputer riba; viii. *(WAJIB Untuk Pelajar DKA-LISA sahaja) Salinan atau cetakan pengesahan perlaksanaan kajian (melalui e-cetak dengan melengkapkan beberapa maklumbalas di dalam LIpoly.my dari tarikh 14 Okt. – 1 Nov. 2013 ); ix. Salinan bukti Pengesahan Penarafan Bintang (boleh diperolehi dengan melengkapkan beberapa maklumbalas di dalam bintang.LIpoly.my/ dari tarikh 14 Okt. – 1 Nov. 2013); x. Muat turun dan cetak borang penilaian App. 4 dan App. 5 (untuk mendapatkan borang sila muat turun dari laman portal PSAS); xi. Borang pendaftaran ’Pengesahan Tamat Latihan Industri’ yang telah lengkap diisi (untuk mendapatkan borang sila muat turun dari laman portal PSAS); 4. Tarikh pembentangan dan penilaian latihan industri akan dilaksanakan dari 06 Nov. 2013 sehingga 08 Nov. 2013. Sila rujuk laman portal PSAS bagi mengetahui jadual pembentangan dan penilaian latihan industri secara terperinci. 5. Untuk makluman kepada semua pelajar, kemudahan bilik di Kamsis PSAS ada disediakan sepanjang tempoh pembentangan dan penilaian latihan industri. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila berhubung terus dengan Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Yusri bin Abdul Rahim (019-9845393). 6. Segala kerjasama dan perhatian serta tindakan sewajarnya dari pihak saudara/saudari, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, (ABDUL AZIZ BIN AHMAD) Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri b.p. Pengarah, Politeknik Sultan Azlan Shah
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 07:51:55 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015