TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA MEMPELAWA WARGANEGARA MALAYSIA YANG - TopicsExpress



          

TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA MEMPELAWA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MEMOHON SEBAGAI PERAJURIT MUDA TUDM (PEMILIHAN AWAL) Permohonan melalui melalui: jobsmalaysia.gov.my Tarikh tutup: 15 September 2013 Minat dan semangat warganegara Malaysia untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-Lain Anggota (LLP) adalah amat dialu-alukan bagi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara. Sehubungan dengan itu, TUDM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk hadir di lokasi-lokasi berikut bersama dokumen yang diperlukan bagi menjalani Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM. KELAYAKAN AKADEMIK Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris, Atau Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Matematik, Salah satu subjek Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM. LAIN-LAIN SYARAT KELAYAKAN Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah. Penglihatan dan Pengecaman warna yang baik. Diperakui sihat dan tidak cacat anggota. Syarat minima ukuran fizikal: Tinggi - 162 m Berat - 47.5 kg BMI - 18-25 (berat/ tinggi x tinggi) Dada - Biasa 76 cm, Kembang 81 cm. DOKUMEN DAN SIJIL YANG DIPERLUKAN Sekiranya Berjaya Pemohon akan dihubungi serta dikehendaki hadir di Pusat Pemilihan Awal dengan membawa bersama dokumen ASAL dan satu salinan fotostat dokumen-dokumen seperti berikut: • Sijil SPM/SPMV • SKM Tahap 2 • Kad Pengenalan • Sijil Lahir • Sijil Berhenti Sekolah • Lain-lain Sijil Kemahiran yang berkenaan • Sampul Surat berukuran A4 beralamat sendiri / Setem RM 1.00 • Sila bawa bersama sebatang pen (biru/hitam) KEISTIMEWAAN MENYERTAI TUDM • Pakaian seragam percuma • Sajian dan Penginapan percuma • Rawatan kesihatan dan pergigian percuma • Waran perjalanan tahunan untuk bercuti bersama keluarga • Ealun Sara Hidup • Pinjaman Perumahan Kerajaan • Kemudahan Koperasi Tentera • Lembaga Tabung Angkatan Tetera • PERNAMA KETUKANGAN ANGGOTA LLP TUDM • Anak Kapal - Kuartermaster Udara • Kejuruteraan - Juruteknik Rangka Kapal Terbang, Juruteknik Enjin, Juruteknik Elektronik, Juruteknik Senjata, Juruteknik Instrumen, Juruteknik Avionik. • Logistik - Sistem Logistik, Juruteknik Bekalan, Juruteknik Stor, Kerani Inventori, Pemandu • Pentadbiran - Pembantu Tadbir, Pembantu Sajian, Pancaragam, Jurulatih Jasmani, Pembantu Tahan • Pengurusan Ruang Angkasa - Pembantu Kawalan Trafik Udara, Juruteknik Pertahanan Udara, Bomba GAJI DAN ELAUN Skim gaji yang sedia ada mengikut pangkat dan selaras skim yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. PUSAT-PUSAT PEMILIHAN Masa pendaftaran 0830-0930 Sila hadir dengan berpakaian sukan, Baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstokin di Pusatpusat Pemilihan. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI: MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN TINGKAT 7 MENARA TH SELBORN 153 JALAN TUN RAZAK 50400 KUALA LUMPUR TEL-0326812412/2413 jobsmalaysia.gov.my
Posted on: Tue, 13 Aug 2013 03:26:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015