TERAPI MINDA: Seorang pakcik mengalami masalah kerosakan kereta - TopicsExpress



          

TERAPI MINDA: Seorang pakcik mengalami masalah kerosakan kereta Vivanya di lebuhraya utara selatan. Seorang pemuda yang sedang memandu Mitsubishi Evo berhenti kerana bersimpati dengan orang tua itu. Setelah disemak, memang kereta pakcik tidak boleh dihidupkan. Nasib baiklah pemuda itu ada membawa kabel bersamanya lalu digunakan untuk tarik kereta pakcik itu. Pemuda itu berpesan pada pakcik, kalau dia terlaju, tolong bagi lampu, jadi dia fahamlah yang dia terlalu laju dan dia akan memperlahankan keretanya. Setelah 30 minit kereta pakcik ditarik dengan baik, tiba-tiba datang satu BMW Sport, dari jauh dah bagi lampu suruh pemuda itu ke tepi, ketika memotong, siap bagi hon lagi. Apa lagi, darah muda pemuda itu pun melonjak naik. Pemuda tersebut terus tekan minyak mengejar BMW tersebut. Rupanya, ketika itu ada polis sedang pasang kamera speedtrap, dan 10 km dari kawasan itu, polis sedang membuat operasi menahan semua kereta yang melanggar had laju. Berikut perbualan polis itu dengan rakannya: "Roger, roger.. ok sila tahan sebuah BMW Sport warna merah yang No. Pendaftaran WNN*** kerana memecut lebih daripada 200 km sejam. Juga, sebuah Mitsubishi Evo berwarna putih, No. Pendaftaran AFG**** , dan satu lagi, kau mesti tak percaya punya, sebuah kereta Viva yang berwarna silver dan dipandu oleh seorang pakcik tua, pakcik tu siap bagi lampu lagi berkali-kali.".. Ok dah, sambung kerja..
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 01:55:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015