Tadi semasa menyelak2 msg yang lama di inbox, saya terhenti di 1 - TopicsExpress



          

Tadi semasa menyelak2 msg yang lama di inbox, saya terhenti di 1 msg yang dihantar oleh brader Gulong. Berikut adalah antara petikan msg di inbox saya: Bro galol, lu mmg rawk. Aku sentiasa mengikuti diari kehidupan bro yg sentiasa menarik hati dan penuh pancaroba. Sepanjang berkawan dgn bro, aku rasa bro mmg seorang yg zuhud, rendah diri, peramah, tak sombong, kelakar, kacak, tampan dan pipi ibarat seludang. Aku akan sentiasa mengikuti diari bro dgn tekun. Terharu saya dengan sokongan daripada peminat dan follower diari kehidupan saya ini. Saya mmg zuhud dan rendah diri. Tak pernah langsung saya bersikap riak dan sombong. Tak pernah langsung saya heboh2kan amal kebajikan yg saya buat. Oklah semua. Saya nak pergi sambung mengaji alQuran 30 juzuk pulak lepas ni. Pastu nak solat Dhuha. Pastu tghari sikit nak pergi konvoi amal anak yatim kat Danok. Malam pulak saya nak bank in duit untuk golongan ibu tunggal di Betong. Sabtu plak nak pegi kempen jihad gaza save palestin.Kalau sesapa free, Ahad jom lepak dengan saya di Hard Rock Cafe. Keep following my diari.
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 00:49:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015