Tahukah anda, selepas sekian lama berulang alik pergi kerja naik - TopicsExpress



          

Tahukah anda, selepas sekian lama berulang alik pergi kerja naik LRT & Yamaha Sport, abang berkira-kira nak beli kereta untuk melonjakkan imej kacak abang di mata makwe ofis sebelah yang berdada bidang. Abang pun memutar kunci Yamaha Sport abang lantas memacu deras ke arah Bandar Tasik Permaisuri, Cheras untuk membuat tinjauan harga-harga kereta di bilik pameran kereta sekitar situ. Abang singgah di kedai jenama Nissan, lantas bertanyakan tentang model yang bersesuaian dengan rupa persis Keanu Reeves abang ni. "Woi pondan, berapa ringgit harga model Almera ni?" Tanya abang penuh angkuh & bongkak kepada jurujual lembut di situ. "Tak mahal abang hensem, model Almera 1.5 ni sekitar RM64k - RM77k saja", jawab jurujual lembut tersebut sambil menggeselkan lengannya ke bahu abang serentak menghulurkan pamplet model Almera tersebut ke tangan abang. "Hurrmmm tak apa. Saya pergi tinjau harga kereta lain dulu." Abang terus pantas keluar kerana tak tahan geli geleman kena gesel. Selang dua tiga kedai, abang berhenti pula di bilik pameran Proton. Dengar khabarnya, dah keluar model baru. "Woi bantot, berapa ringgit harga model baru Proton ni?" Tanya abang kepada jurujual Proton yang tingginya lebih kurang 156cm saja tu. "Tak mahal bang. Suprima S 1.6 ni harganya bermula dari RM76k ke RM79k. Murah kan bang harga kereta nasional yang berkualiti ni? Kita patut bersykur bang." Jawab jurujual bantot tu panjang lebar sambil membuat isyarat tadah tangan umpama bersyukur. "Apa benda kau cakap setan? Harga Suprima S ni bermula RM76k? Kau tahu tak Nissan Almera kereta import Jepun tu pun dorang jual bermula dengan harga RM64k je? Kau tahu ke tak haaa setannnn??" Badan abang mula menggeletar. Kaki abang dah mula rasa panas. Benda terakhir yang abang ingat, abang baling Yamaha Sport abang ke bilik pameran Proton tu sampai roboh. Sekarang abang tengah cari Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir untuk penjelasan lanjut. Celaka punya CEO!
Posted on: Sat, 17 Aug 2013 05:53:27 +0000

Trending Topics



tyle="min-height:30px;">
Story of The gift? A few years ago, the terrorist organization
O asilo político a Edward Snowden foi recusado pelas autoridades
Mentawai - Erat Reef Sunset Session Getting a touch more
Did you know ? September in the Northern Hemisphere is the
Last week, as the Moon became full, it ventured into Earth’s
Very close to the start of the Death Race! Timothy Midgley and Flo
STARRY, STARRY NIGHTS, Van Gogh should have seen this Lake View.

Recently Viewed Topics




© 2015