Takaful Ikhlas catat perolehan sumbangan RM14.4j di - TopicsExpress



          

Takaful Ikhlas catat perolehan sumbangan RM14.4j di Sarawak Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) memperlihatkan perkembangan perniagaan yang pesat di Sarawak sehingga 31 Mac tahun ini apabila mencatatkan perolehan sumbangan mencecah RM14.4 juta yang menyaksikan peningkatan lebih 10 kali ganda berbanding lima tahun lalu. Pengerusi Takaful Ikhlas Sharkawi Alis berkata, ketika mula bertapak di negeri itu pada 2007, syarikat itu hanya mempunyai perolehan sumbangan RM1.2 juta daripada pelanggan yang memilih produk skim insurans berlandaskan prinsip syariah disediakan. Beliau berkata, dengan perkembangan pesat di Sarawak, Takaful Ikhlas menyasarkan jumlah perolehan sumbangan di negeri itu bertambah 20 peratus bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014. “Kami yakin sasaran diletakkan di negeri ini dapat dicapai,” katanya pada Majlis Perasmian Premis Baru Pejabat Takaful Ikhlas Wilayah Sarawak, di Jalan Kulas, Satok, Kuching, semalam. Majlis dirasmikan Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. Beliau turut menyampaikan sumbangan program kemasyarakatan syarikat itu RM70,000 kepada Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Darul Uloom Al Islamiyyah, SMK St Thomas, Persatuan Kebajikan Petra Jaya dan Masjid Darul Farhanah Kampung No4. Sharkawi berkata, secara keseluruhannya, Takaful Ikhlas memiliki 12 cawangan seluruh negara, termasuk di Seremban yang dirasmikan Julai lalu dan mempunyai perolehan sumbangan kasar RM725 juta bagi tahun 2012-2013 berbanding RM6.6 juta pada 2003 ketika mula beroperasi. “Jumlah ini menunjukkan Takaful Ikhlas menguasai hampir 14 peratus pasaran takaful negara ini yang juga pasaran kedua terbesar di dunia, di belakang Arab Saudi dan menduduki tempat ke tiga di antara 11 syarikat takaful beroperasi di negara ini,” katanya. - Harain Metro #Ikhlas2u #TakafulIkhlas #Takaful
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 08:15:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015