Tanpa menafikan bahawa proses pembangunan berjalan di kebanyakan - TopicsExpress



          

Tanpa menafikan bahawa proses pembangunan berjalan di kebanyakan tempat ...tetapi ianya berlaku dgn amat perlahan. Malah tidaklah keterlaluan utk mengatakan bahawa ada sesetengah kawasan yg masih terpinggir. Alasan bentuk muka bumi, jarak dan perhubungan bukan lagi alasan yg boleh digunakan. Kita berada dalam zaman serba moden, pendapatan negara sudah meningkat beberapa kali ganda maka sudah pasti kekangan spt bentuk fizikal muka bumi dll tidak wajar dijadikan alasan, Malah dlm sesetengah keadaan...ada pembangunan yg diberikan oleh kerajaan langsung tidak memberikan kesan kepada penduduk ...seolah2 ianya dilaksanakan tanpa merancang dan meneliti dan sekadar memberikan ruang kepada kontrektor utk memetik wang mudah. Kekayaan negara sewajarnya dibelanjakan dgn bijaksana.....jika tidak....kawasan2 terpencil dan luar bandar akan kekal begitu. kita tidak sepatutnya dgn sengaja membenarkan "dualisme pembangunan" wujud di negara ini.
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 14:15:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015