Teknik Iklan Berkesan Teknik #2: Berikan Lebih Faedah, - TopicsExpress



          

Teknik Iklan Berkesan Teknik #2: Berikan Lebih Faedah, Bukannya Deskripsi Apakah yang dimaksudkan dengan deskripsi dan faedah? Deskripsi ialah ciri – ciri atau pengenalan terhadap produk anda. Contoh deskripsi ialah: • Kereta ‘A’ menggunakan 1 liter petrol untuk perjalanan sejauh 50km • Tangga ini dibuat menggunakan besi ringan yang tahan lasak • Ebook ini mengandungi gambarajah yang jelas • Produk ini diperbuat dari bahan tahan karat Sekarang, apa pula dimaksudkan dengan faedah? Faedah ialah kelebihan atau apa yang pelanggan anda kan dapat jika memiliki produk anda. Contoh faedah ialah: • Anda boleh berjimat banyak dengan kereta ‘A’, dan gunakan wang hasil penjimatan tersebut untuk perbelanjaan lain • Dengan menggunakan besi ringan, tangga ini akan mudah dibawa ke mana sahaja tanpa meletihkan sehingga kanak – kanak berusia 7 tahun mampu mengangkatnya • Proses pembelajaran melalui ebook ini akan menjadi lebih mudah disamping memudahkan kefahaman dengan adanya gambarajah yang jelas • Anda boleh menggunakan produk ini di mana – mana tanpa perlu risau ianya akan berkarat kerana ia diperbuat dari bahan tahan karat. Ok, contoh diatas merupakan hanya sebahagian sahaja namun saya harap ianya mampu membuatkan anda faham tentang beza antara faedah dan deskripsi produk. Tujuan pengiklanan ialah untuk memasarkan sesuatu, dan orang akan membeli jika produk tersebut memberikan faedah kepada mereka. Maka, iklan anda harus menyampaikan mesej yang sarat dengan faedah produk tersebut. Saya berikan lagi satu contoh agar anda lebih memahami konsep ini: Bayangkan anda menjual sebuah jam tangan, namun anda tidak seharusnya menyatakan jam tersebut memiliki saiz permukaan 2 inci dan tali yang diperbuat dari kulit asli sahaja. Sebaliknya, dalam iklan anda anda harus nyatakan bahawa saiz permukaan yang besar akan memudahkan pengguna untuk melihat waktu jam tersebut. Dengan itu, pengguna tidak akan kelihatan susah untuk membaca waktu yang ditunjukkan. Anda juga seharusnya membayangkan betapa segaknya pengguna jika jam yang besar dan berwarna emas dipadankan dengan tali yang diperbuat dari kulit asli. Ia melambangkan gaya kehidupan yang elegan dan eksekutif. Ok, ramai yang membeli jam tangan supaya memudahkan mereka melihat waktu dan sudah tentu jenis jam yang kecil dan sukar dibaca bukanlah pilihan yang baik. Selain itu, pembeli jam juga secara tak langsung mahukan jam tersebut menarik dn melambangkan gaya hidup mereka. Nah, bagi yang mementingkan kedua – dua kriteria ini pasti akan memilih jam yang anda tawarkan. Bukan kerana ianya besar dan bertali kulit, tetapi kerana ciri – ciri jam tersebut memberikan faedah dan keselesaan kepada mereka. Sekarang, dapatkah anda lihat kenapa kita perlu menekankan tentang faedah produk berbanding ciri – ciri atau deskripsi produk? Dengan menekankan tentang faedah produk, anda sebenarnya sedang memfokuskan iklan anda kepada pengguna anda! Klik "DAFTAR SEKARANG" di web ini --> talktalkbiz/ezbestari
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 04:18:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015