Tentang Freemasonry Freemason adalah organisasi - TopicsExpress



          

Tentang Freemasonry Freemason adalah organisasi Yahudi Antarabangsa merupakan gerakan rahsia paling besar dan paling berpengaruh di seluruh dunia.Organisasi ini merupakan bukan organisasi agama dan tidak berdasarkan pada teologi apapun. Tujuan utamanya adalah membangunkan persaudaraan dan pengertian bersama tentang kebebasan berfikir dengan standard moral yang tinggi. Freemason sendiri adalah simbolik bagi pekerja buruh kasar yang mempunyai kebebasan berfikir.Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu(dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason ) pada Zaman Pertengahan di Eropah.Malah perkataan mason juga dikatakan berasal dari bahasa Perancis, ma?on, yang artinya "tukang batu" Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja.Tugas mereka adalah untuk membina katedral-katedral di seluruh Eropah.Sebagai insentif atas tugas mereka ini, mereka mendapat ganjaran atau balasan dari para Raja Eropah seperti kemudahan serba mewah dan pembebasan pajak. Terdapat dua jenis tukang batu.Yang pertama ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas ( free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason"kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.Sehingga hari ini, kod-kod rahsia ini masih digunakan dalam praktik atau amalan rahsia organisasi ini. Lambang Freemasonry atau Vrijmetselarij ,Simbol Freemason adalah jangka dan penggaris alat ukur. Freemason adalah sebuah organisasi persaudaraan(brotherhood) sekuler yang terbesar di dunia dengan kekuatan anggota sekitar 6 juta orang dari lebih kurang 120 negara.Organisasi Freemason tidak memiliki pusat pemerintahan ,setiap negara mempunyai organisasi yang berdiri sendiri. Sekalipun demikian setiap organisasi Freemason di mana pun akan mempunyai nombor pendirian dan berhubungan satu dengan lainnya. Freemason juga mempunyai Master tertinggi yang merupakan master tertinggi dari seluruh Master Freemason yang bertugas melakukan koordinasi seluruh Freemason yang ada di dunia.Freemason merupakan organisasi tertutup dan ketat dalam penerimaan anggota barunya.Sekalipun organisasi ini merupakan organisasi bagi kaum lelaki sahaja namun kini sudah wujud ramai kelompok Freemason wanita. 1. Sejarah Goose and Gridiron, tempat di mana Grand Lodge of England dibangunkan .Bagaimana dan bila organisasi sekuler ini ditubuhkan, pihak Freemason sendiri masih belum dapat menentukan. Banyak dugaan kebebasan berfikir dan gerakan anti dogma (terutama terhadap agama) ini sudah ada sejak sebelum abad pertengahan.Bukti ini diperolehi dengan penemuan manuskrip dari sebuah Syarikat bangunan Inggeris.Manuskrip itu mengandungi konstitusi dan aturan-aturan organisasi,landasan hukum, serta hak dan kewajiban anggota. Data-data ini yang di kemudian hari merupakan dasar pembentukan organisasi yang digunakan oleh Freemason, dan masih digunakan hingga saat ini.Selain data yang ditemukan ini masih belum ada data dari sumber lain. Dengan begitu secara formal sejarah Freemason adalah berasal dari Inggeris,sekalipun banyak sekali publikasi yang ditulis oleh bukan dari kelompok Freemason yang membuat spekulasi bahawa Freemason berasal dari banyak tempat lain. Lodge pertama dibangunkan di Inggeris pada tarikh 24 Jun 1717 dengan nama Grand Lodge of England.Perkembangan Freemason bukan hanya berkembang di berbagai negara Eropah tetapi juga turut berkembang di Amerika pada abad ke 17 iaitu pada tahun 1730.Pada tahun yang sama juga ia merupakan titik permulaan kepada kewujudan Lodge pertama Amerika, di mana pada waktu itu Amerika masih merupakan koloni Inggeris. Lodge pertama Amerika didirikan di Philladelphia di bawah binaan dari Masonic Grand Lodge England dengan Benjamin Franklin sebagai master yang pertama. Sejarah Freemason di Amerika juga telah membawa Amerika menjadi negara sekuler sekalipun terjadi konflik antara kelompok agama sebagaimana yang terjadi di Eropah. 2.Lodge Rumah dimana anggota Freemason berkumpul disebut Lodge.Semua Grand Lodge di suatu negara mempunyai hubungan satu dengan lainnya kerana prinsip Freemason adalah ikatan persaudaraan (Brotherhood) yang harus dijaga. Untuk membangunkan suatu Lodge memerlukan mandat dari Grand Lodge yang sudah ada. 3. Prinsip Pada dasarnya Freemason lebih mengetengahkan masalah-masalah kemanusiaan atau humanisme sekuler. Dalam kelompok persaudaraan tersebut, manusia akan dilihat sebagai mahluk individu dan pemikirannya menjadi titik sentral pandangan.Pekerjaan, dan semangat kerja dalam Freemason ditekankan dalam organisasi ini untuk mencapai harapan-harapan utama manusia dalam menempuh kehidupan.Berkumpul dalam lodge adalah merupakan tradisi sejak awal dimana para anggota akan saling bertukar fikiran, dan yang lebih penting adalah tetap membina ikatan persaudaraan atau brotherhood.Setiap anggota masing-masing harus mampu bekerja untuk diri sendiri agar menjadi manusia yang lebih baik,berguna,berdasarkan ikatan persaudaraan, serta membangunkan kebebasan berfikir dalam kehidupannya di tengah masyarakat. Secara ideal dapat dikatakan bahawa: membangun sebuah kuil kemanusiaan. Lodge Freemason tertua di Weltevreden (kini kecamatan Gambir, Jakarta Pusat) di sekitar tahun 1885 Dalam praktiknya, Freemason tidak menyajikan suatu doktrin mahupun dogma, dan juga tidak mempunyai program yang tetap.Setiap anggota komuniti mempunyai kebebasan berfikir dan idea-idea pemikiran tersebut akan dikembangkan dan dikongsikan kepada setiap anggota komuniti dan mereka akan menerima setiap idea tersebut dengan persetujuan setiap anggota komuniti. Kebenaran spirit dalam falsafah yang dikembangkan Freemason akan terus berkembang seperti bagaimana cara untuk melihat kebenaran yang dipercayai, bagaimana kekuatan sistem nilai, norma, adat dan tradisi yang ada dalam masyarakat, serta adanya kompromi penerimaan sesuatu pandangan atau pemikiran yang baru. Freemason pada dasarnya menghormati semua agama dan kepercayaan yang dianut oleh setiap anggotanya.Freemason sebagai organisasi persaudaraan tidak terlibat pada suatu agama dan kepercayaan yang dianut para anggotanya.Dengan demikian setiap anggota juga perlu menghormati kebebasan setiap individu dalam menentukan pilihan agama dan kepercayaannya masing-masing. Sekalipun demikian Freemason mempercayai bahawa Tuhan adalah Pencipta alam semesta. Secara prinsip Freemason mempunyai tiga falsafah yang harus dipegang iaitu: rasionaliti,ketuhanan, dan etika. Pada dasarnya Freemason mengajarkan sebuah falsafah baru dalam kehidupan ini.Falsafah baru tersebut iaitu sekularisme yang bererti memisahkan berbagai sektor kehidupan dengan agama iaitu pada sektor-sektor pendidikan, hukum, politik, ekonomi,kesihatan, dan ilmiah. Dalam kehidupan manusia,agama adalah keperluan individu, dan tujuan utama Freemason untuk mengurangkan fungsi agama dalam kehidupan sosial. Dengan demikian sekularisasi dalam Freemason adalah sebuah proses mengatur segi kehidupan sosial merangkumi sistem nilai,norma, dan idea-idea berlandaskan empirik, rasional, dan pragmatik. Falsafah baru inilah yang kemudian membentuk perjalanan hidup Freemason yang telah diresapi perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip yang sudah ada. Sekalipun Freemason tidak ada sangkut pautnya dengan peperangan, ataupun perkembangan politik suatu negara, namun dalam praktiknya nilai-nilai yang diajarkan oleh Freemason telah memberikan sumbangan yang besar dalam setiap individu Freemason dalam membangun masyarakat yang diidamkan oleh mereka iaitu bebas dari tirani dan dogma.Mereka mahukan kebebasan supaya tidak terikat kepada peraturan-peraturan pemerintahan negara atau hukum-hukum agama. 4. Kegiatan Hingga kini Freemason tetap menjaga dan mempelihara tradisi ritual mereka.Ritual ini menggambarkan bahawa setiap anggota adalah pekerja bangunan (mason) yang dapat disimbolkan sebagai batu bata yang harus disusun menjadi sebuah bangunan kuil. Bangunan kuil Freemason melambangkan sebuah masyarakat yang besar.Dalam menerima anggota baru dari sebuah lodge atau rumah Freemason, maka ritual ini akan diperkenalkan kepada setiap anggota baru tersebut.Ia kemudian mempunyai kewajiban untuk juga berfungsi sebagai pekerja yang membangunkan kuil secara bersama-sama dengan anggota yang lain. Freemason meletakkan visi bahawa bekerja membangun kuil adalah sebuah seni yang tinggi agar kuil itu nampak indah baik di bahagian luar, di bahagian dalam mahupun di bahagian pusat bangunan. Dalam anggota suatu lodge, komuniti Freemason mempunyai susunan hierarki tiga tingkatan dari yang terendah hingga yang tertinggi iaitu murid, pekerja, dan master. Setiap master memunyai tugas untuk membimbing murid-muridnya dan membantu para pekerja agar dapat menyelesaikan pekerjaannya dengan baik. Para Master mempunyai hierarki dengan tingkatan yang tertinggi adalah tingkat 33 yang merupakan Grand Master untuk suatu negara. 5. Simbol Simbol kuil yang digunakan oleh Freemason adalah Bait Suci Salomo.Bait Suci Solomo dijadikan sebagai simbolik kepada peranan manusia dalam membangun kehidupan masyarakat yang majmuk yang permasalahannya tidak pernah selesai.Pengambilan Bait Salomo ini sebab Bait Salomo di Yerusalem selalu menjadi polemik antara agama dengan sengketa yang tidak pernah selesai.Bait Suci Solomo yang indah yang dahulu dibangunkan oleh Raja Salomo, kemudian di bongkar dan di rosakkan lalu didirikan kembali pada zaman raja Koresy kemudian di bongkar pula oleh seorang raja.Raja ini adalah Jeneral Titus dari Roma yang menghancurkan Bait Allah pada tahun 70 M.Sejak tahun 70 M Bait Allah Yerusalem telah hilang sama sekali dan dibangun kembali sebagai tempat beribadat agama yang lain. Orang-orang Arab membangunkan masjid di tempat bekas bangunan Bait suci tersebut. Orang Yahudi sekarang tidak ada tempat suci untuk mempersembahkan korban lagi kerana tidak ada bangunan Bait Allah lagi,maka mereka sembahyang di synagoge dan juga di tembok ratapan.Masjid Al-Aqsa telah dibina di atas tapak Bait Suci Salomo yang merupakan masjid besar kedua setelah Masjid Al-Haram di Mekkah. Namun penggunaan Bait Salomo sebagai simbol kerja Freemason dalam masyarakat majmuk telah diertikan oleh kelompok anti Freemason bahwa Freemason identik dengan Yahudi dan Zionisme.Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al aqsa Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa( Dome of The Rock) untuk membangkitkan semula Temple of Solomon iaitu Bait Suci Solomon.Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan Bait Suci Solomon terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa di tempat suci orang Islam. 6.Kerahsiaan Freemason adalah organisasi yang tertutup dan memegang rahsia apa yang tengah dibicarakan di dalamnya.Berbagai upacara ritual yang dilaksanakan hanya boleh dilihat oleh anggota komuniti Freemason. Perilaku atau peraturan seperti ini sudah berlangsung selama beratusan tahun. Awalnya adalah demi perlindungan para anggota Freemason itu sendiri dari tekanan pihak yang menentang prinsip berkebebasan berfikir dan anti dogma pada tiga ratus tahun lalu di Inggeris, dimana agama Katolik masih kuat memegang kendali hukum. Oleh kerana kelompok Freemason mengamalkan dasar tertutup kepada pihak luar menyebabkan mereka menjadi bahan sindiran oleh berbagai kelompok yang bertentangan dengan prinsip Freemason. Kerana begitu banyak sindiran, dan spekulasi, baik dari kelompok agama mahupun politik garis keras yang semakin banyak muncul di media massa, maka akhir- akhir ini Freemason mulai membuka diri,kecuali berbagai ritual yang dilaksanakan di dalam kelompok. Keterbukaan ini dilakukan sebagai bantahan terhadap berbagai tohmahan dan spekulasi tersebut . 7. Anggota George Washington, presiden pertama Amerika Syarikat.Anggota Freemason yang umumnya dari kalangan intelektual dan tokoh-tokoh politik akhirnya juga menjadikan negara-negara yang dipimpin para Freemason menjadi negara sekuler. Contoh yang paling jelas adalah Amerika Syarikat. Pada masa berlaku nya perang saudara di Amerika antara Utara dan Selatan, banyak kalangan Pemimpin Tertinggi Angkatan Tentera dan ahli politik yang menjadi anggota Freemason. Presiden pertama Amerika sebagai sebuah negara republik iaitu George Washington adalah juga anggota Freemason. Amerika kemudian menjadi negara sekuler sebagaimana negara-negara di Eropah setelah revolusi Perancis. Pembesar dan orang terkenal Freemason tercatat 14 orang Presiden Amerika antara lain George Washington, Gerald Ford, James Monroe, Franklin Roosevelt, Theodore Roosevelt, dan Harry Truman. Dari Inggeris tercatat antara lain Raja Edward VII, Raja Edward VIII, Raja George VI, dan Winston Churchil. Pemuzik terkenal antara lain Mozart dan Beethoven, serta ahli politik terkenal antara lain Montesquieu. Nama-nama dari Indonesia antara lain Pangeran Aryo Suryodilogo, Raden Saleh, Abdul Rachman(dari Kesultanan Pontianak), Paku Alam V,Paku Alam VI, Paku Alam VII, Pangeran Adipati Ario Notokoesoemo, dan Hamengku Buwono VIII. 8. Anti Freemason Sepanjang sejarah selama 250 tahun, organisasi persaudaraan sekuler ini mempunyai pengalaman konflik dengan kelompok agama mahupun aliran politik garis keras seperti fasisme(fahaman yang mengutamakan bangsa sendiri dan memandang rendah bangsa lain) dan komunisme. Dalam kehidupan politik garis keras fasisme iaitu pada masa Hitler berkuasa, Grand Master Lodge Jerman mati dibunuh oleh Hitler dan antgota lodge ini telah dimasukkan ke kamp-kamp konsentrasi. Sampai dua ratus tahun lalu, Katolik Roma menjatuhkan hukuman mati bagi orang-orang Katolik yang masuk menjadi anggota lodge Freemason.Berkuasanya politik komunisme di Indonesia juga telah melarang dan menutup organisasi Freemason di Indonesia. 9. Pandangan dari pihak lain A. kristian Ritual Freemason berasal dari agama-agama pagan. Dalam pandangan agama, apabila ritual tersebut tidak sesuai sebagaimana ritual dalam agama ertinya ritual tersebut berasal dari agama-agama pagan(agama dunia-tidak percaya kepada Tuhan tetapi kepada dewa-dewi). Dalam kenyataannya Freemason melakukan ritual bukanlah sebuah ritual agama tetapi sebuah ritual kehidupan sekuler. Kegiatan Freemason adalah pengajaran agama-agama pagan. Dalam pandangan agama ritual- ritual yang dilakukan dalam kelompok Freemason adalah sebuah kebenaran yang harus dipercayai.Hal ini kerana Freemason lebih mementingkan ritual dan mereka tidak berpegang kepada ajaran Tuhan. Sementara itu ritual yang dilakukan oleh Freemason sebenarnya hanya sebuah sandiwara. Menerapkan mistisisme Yahudi (Kabbalah).Pentagram adalah simbol dari agama Pagan Yahudi yang banyak menjalankan ritual mistisisme. Namun Simbol Freemason bukanlah pentagram, dan Freemason tidak mempunyai hubungan dengan Kabbalah Freemason mempunyai wahyu. Walaupun Freemason tidak menyangkal adanya wahyu dari Tuhan, namun Freemason bukanlah sebuah agama, sehingga jika kita selidiki pada asal-usul, Freemason tidak mempunyai wahyu. Freemason melakukan praktik spiritisme,okultisme(sihir), medium, tarot, dan astrologi.Freemason banyak diinspirasi oleh perkembangan ilmu pengetahuan seperti astronomi dan aljabar, sehingga Freemason menyukai angka-angka dan pengetahuan tentang alam raya. Namun Freemason adalah sebuah organisasi sekuler yang lebih banyak memperhatikan rasionaliti, bukti empirik, dan pragmatik. Sehingga orang tidak menyangka bahawa Freemason mempunyai hubungan dengan spiritisme, okultisme (perdukunan) mahupun medium dan peramalan. Freemason tergabung dalam sebuah kelompok Illuminati Bavaria (kelompok rahasia yang tertutup berasal dari Bavaria). Pengertian adanya kelompok Illuminati berawal dari buku tahun 1798 yang ditulis oleh seorang Inggeris bernama John Robinson dengan judul buku: Proofs Against All the Religion and Goverment in Europe, Carried in the Secret Meeting Free Masons, Illuminati, and Reading Society. Sekalipun kemudian banyak buku fiktif ditulis orang tentang kelompok Illuminati yang diberitakan mempunyai konspirasi untuk menguasai dunia, namun hingga kini tidak pernah tercatat ada tokoh-tokoh mahupun kelompok yang secara nyata dengan nama kelompok ini.Freemason bertentangan dengan agama Kristian. Sudah banyak larangan yang dikeluarkan oleh pihak gereja agar menjauhi kelompok Freemason, kerana pihak gereja melihat ajaran Freemason tidak sesuai dengan ajaran agama. Sebegitu jauh, kelompok Freemason memang bukan ajaran agama.Freemason mengajarkan berkebebasan berfikir dan anti dogma.Freemason mengajarkan ateisme. ATEISME Ateisme adalah fahaman bagi mereka yang tidak mempercayai Tuhan. Dalam hal ini Freemason tidak ada hubungannya dengan ateisme kerana Freemason tidak mempunyai kaitan dengan sistem kepercayaan dan agama. Freemason adalah organisasi sekuler yang mengajarkan tentang humanisme sekuler. Freemason sendiri menghargai anggotanya yang mempunyai kepercayaan agama apapun, dan dalam falsafahnya menghormati Tuhan sebagai sang pencipta.Freemason menghancurkan gereja. Dalam hal ini Freemason membantah bahwa tidak pernah ada deklarasi bahwa Freemason mempunyai tujuan untuk menghancurkan gereja. Freemason mempunyai buku suci iaitu Moral dan Dogma dimana di dalam buku suci tersebut dijelaskan bahwa setan Lucifer adalah Tuhan bagi Freemason. Buku yang disebut- sebut sebagai buku suci Freemason dengan nama Moral dan Dogma, adalah buku yang ditulis oleh Albert Pike seorang Master Freemason Amerika yang sangat terkenal. Namun pernyataan bahwa Freemason mempunyai buku suci iaitu Moral dan Dogma di mana di dalam buku suci tersebut dijelaskan bahwa setan Lucifer adalah Tuhan dari Freemason merupakan pernyataan yang salah kutip. Sebab Albert Pike tidak pernah menyatakan bahwa Lucifer adalah Tuhan dari Freemason. Pernyataan ini ditulis oleh Leo Taxil yang kemudian selalu dikutip oleh kelompok anti Freemason. Freemason adalah salah satu aliran daripada Gerakan Zaman Baru.Gerakan Zaman Baru adalah gerakan spiritual yang mempercayai bahwa Tuhan berada di dalam diri setiap manusia. Kerana pada dasarnya kelompok Freemason bukanlah organisasi penganut agama Kristian, sekalipun tidak pernah menyatakan bahwa organisasi ini menentang gereja, namun disalahertikan oleh anti Freemason bahwa organisasi ini merupakan organisasi gereja dunia dimana anggotanya bersatu dengan Kristus. B. Harun Yahya Kelompok Freemason adalah kelompok yang menjalankan perintah rahsia dari Ordo Bait Allah. Ordo Bait Allah adalah pasukan Katolik pada zaman Perang Salib di abad 12 yang mempunyai tugas untuk membebaskan Kuil Salomo dari tangan orang-orang Islam.Freemason merupakan organisasi Yahudi dan menjalankan perintah dari Zion. Zion adalah kelompok Yahudi yang berada di Eropah dan bercita-cita kembali ke Yerusalem untuk mengambil kembali Yerusalem. Dalam sebuah pertemuan tentang hukum Islam di Universiti Cairo pada tarikh 15 Julai 1978, disimpulkan bahawa pada dasarnya organisasi Freemason adalah organisasi dari kelompok Yahudi yang tengah menjalankan aktiviti perintah dari kelompok Zionis.Freemason mempunyai hubungan dengan Yudaisme dan Zionisme internasional.Freemason mempunyai agenda untuk menghancurkan Islam. Dalam pandangan Islam, gerakan organisasi Freemason yang mengajarkan sekularisme merupakan gerakan yang berbahaya yang berusaha menghancurkan agama Islam. Freemason menggunakan nama-nama lain sebagai kamuflase dan mempunyai agenda tersembunyi. Beberapa organisasi sosial seperti Rotery dan Lion Club yang merupakan organisasi internasional merupakan organisasi terselubung dalam menyebarluaskan fahaman Freemason.Freemason melakukan kontrol terhadap pejabat-pejabat Arab dalam masalah Palestin. Freemason mempraktikkan agama Pagan.Dalam berbagai upacara dengan ritual yang dirahsiakan, Freemason menjalankan upacara pemujaan terhadap setan yang hanya dilakukan oleh agama-agama Pagan.Bagaimanapun, menurut Harun Yahya, bahawa selain Freemason mempraktikkan upacara agama Pagan, mereka juga berusaha menghancurkan agama di sebelah Eropah dan benua lainnya, kemudian membawa nya kepada Paganisme.Freemason menggunakan prinsip dan menjalankan upacara Kabbalah. Harun Yahya berpandangan bahawa sekalipun Freemason adalah kelompok yang menjalankan perintah rahsia dari pasukan Katolik dari Ordo Bait Allah, namun Ordo ini dikatakan oleh Harun Yahya masih menggunakan ritual-ritual mistik dari Kabbalah.Freemason melakukan kegiatan sihir. Dalam hal menjelaskan bahwa Freemason melakukan kegiatan sihir adalah, Harun Yahya merujuk kembali kepada situasi di zaman Mesir kuno iaitu dengan cara melihat adanya mata rantai antara Kabbalah-Ordo Bait Allah-Freemason.Freemason adalah ajaran ateis. Harun Yahya menilai sekalipun tidak semua anggota Freemason adalah ateis, namun Freemason menyebarluaskan fahaman sekulerisme ateis agar fahaman ateis menjadi fahaman global.Freemason berpolitik komunis. Dalam pandangan Harun Yahya bahawa sekalipun Freemason bertujuan untuk melaksanakan humanisme sekuler namun humanisme sekuler dari Freemason tidak disokong oleh moral agama yang diertikannya sebagai sebuah retorik belaka.Harun Yahya memberi kesimpulan bahawa humanisme sekuler dan prinsip kerja keras seorang Mason adalah prinsip yang dipakai oleh komunisme.Freemason penyokong politik Nazi. Pada masa Otto von Bismarck menjadi Perdana menteri Jerman tahun 1872 -1890 meluncurkan politik anti Katolik yang disebut Kulturkampf dan didukung oleh partai liberal. Bismarck menilai bahawa gereja Katolik Roma pada saat itu mempunyai kekuatan politik yang terlalu besar.Ideanya ini didukung dari kalangan sekuler yang diperkirakan antara lain dari anggota Freemason. Dari analisis Harun Yahya, keterlibatan Freemason dalam menyokong gerakan anti Katolik ini yang kemudian menjadi tujuan dari Nazi. Freemason melakukan kegiatan mafia dan membuat penyelewangan wang. Sekalipun Freemason sendiri telah menyatakan bahawa insiden yang terjadi di Itali, sebuah Lodge di Itali iaitu Grant Orient of Italy adalah bukan organisasi yang tercatat secara formal sebagai organisasi rasmi Freemason, tetapi dalam berbagai publikasi di luar, skandal Grant Orient of Italy tetap menjadi dokumen dari kelompok anti Freemason. Pada tahun 1980, terjadi skandal penyelewengan wang, penggelapan dan pencucian wang yang dilakukan oleh Master Freemason Grant Orient of Italy yang melibatkan orang-orang terkenal di pemerintahan. 10. Konspirasi Konspirasi pembunuhan John F. Kennedy. Ada spekulasi mengatakan bahawa JF Kennedy dibunuh oleh komplot Freemason kerana banyak orang di sekitar JF Kennedy adalah anggota organisasi Freemason. Namun teori konspirasi ini tidak pernah terbukti.Konspirasi dengan Yahudi dan Zionis merupakan tuduhan yang sangat terkenal dan sudah berlangsung beratusan tahun. Tuduhan konspirasi dengan Yahudi dan Zionis ini berasal dari sebuah buku yang sangat terkenal, Protokol Para Tetua Sion. Namun sebenarnya buku ini ditulis oleh seorang Rusia Sergei Alexandrovich Nilus (1862-1930) dan isinya diplagiat serta palsu yang berasal dari berbagai tuduhan terhadap Freemason dan anti semit yang sudah tersebar di sebelah Eropah sebelumnya. Sekalipun demikian buku ini menjadi seolah-olah buku dokumen bagi mereka yang anti semit mahupun yang anti Freemason. Erti kata Semit Setiap ras beberapa orang yang berbicara bahasa Afro-Asia, esp. Arab, Ibrani, Aram,Ethiopia, dan bahasa kuno lainnya.
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 14:24:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015