Terengganu Lonjakkan Nama Saya, Terima Kasih Irfan Bakti Status - TopicsExpress



          

Terengganu Lonjakkan Nama Saya, Terima Kasih Irfan Bakti Status selaku penjaring terbanyak Liga Super musim 2011 dengan 20 gol, dalam sekelip mata melonjakkan nama Abdul Hadi Yahya selaku antara penyerang wajar digeruni pertahanan lawan, seterusnya menjadi rebutan beberapa pasukan gergasi bolasepak tanah air. Dengan pasukan yang diwakilinya kini, Terengganu sendiri layak dilabel antara pasukan TOP liga tempatan, ditambah pula dengan status Sang Penyu selaku Juara Piala FA, penyerang berusia 26 tahun kelahiran Klang ini, tidak begitu teruja untuk mencuba nasib atau menempa nama bersama pasukan lain. Bagi Hadi, dia selesa bersama Terengganu, yang membantu melonjakkan namanya dalam tempoh singkat – terima kasih kepada jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim yang memberi kepercayaan penuh kepadanya, dengan memberi posisi penyerang utama, dibantu gandingan Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin di barisan depan. “memang saya akui ada mendapat beberapa tawaran sejak sebelum tamat Liga Super lagi, ada 2-3 team, tapi saya belum pertimbangkan sebarang tawaran, lagipun saya selesa di sini (Terengganu), Piala Malaysia pun belum start lagi, maybe next season kat sini lagi kot. Bagi saya tawaran tinggi bukan perkara pokok, itu no.2, yg utama adalah KOMITMEN (ambition) pasukan itu sendiri, boleh pergi jauh atau tidak, kesungguhan mereka, dan pengurusan yang baik..”. – Abdul Hadi Yahya. Hadi sebelum ini pernah beraksi bersama Selangor, Kuala Lumpur dan T-Team, dan 2011 nyata tahun bertuah untuknya apabila disenarai sebagai salah seorang daripada 23 pemain skuad Harimau Malaya, bimbingan Datuk K.Rajagobal, dan menjaringkan gol pada penampilan pertamanya di pentas antarabangsa, ketika seri 1-1 menentang Hong Kong. Apapun, Hadi nyata belum puas, selagi tidak menjaringkan gol di perlawanan kompetitif, dan meletakkan sasaran untuk membuktikan sentuhan pemusnahnya ketika menentang Singapura, dalam aksi Kelayakan Piala Dunia, 23 dan 28 Julai depan. “Bagi saya perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool, serta menentang Singapura ada bezanya, ia dua pengalaman berbeza. Arsenal dan Liverpool, peluang untuk kita merasai dan menimba pengalaman beraksi bersama bintang bolasepak dunia, Singapura pula hidup dan mati kita dalam perjuangan merebut tempat ke pusingan seterusnya. tapi memang mentality saya nak skor setiap game, coach pun cakap anggap lawan Arsenal dan Liverpool, sebagai satu pertandingan (tournament), lakukan yg terbaik, enjoy the game, dan yang penting elak kecederaan..”. Skuad negara akan menentang Arsenal pada 13 Julai, diikuti Liverpool pada 16 Julai, dan Chelsea (21 Julai), yang mana perlawanan menentang Chelsea akan diwakili oleh skuad Olimpik negara bimbingan Ong Kim Swee, selain diperkuatkan beberapa tonggak berpengalaman seperti Hairudin Omar, Amri Yahyah, S.Subramaniam, Daudsu Jamaludin, Badri Razi dan Farizal Marlias. #Kenyataan HADI YAHYA
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 13:06:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015