[ Terkini Isu Semasa Mesir ] Selasa | 20 Ogos 2013 | 01.31 - TopicsExpress



          

[ Terkini Isu Semasa Mesir ] Selasa | 20 Ogos 2013 | 01.31 pagi 2 Warga Malaysia Antara Yang Telah Ditangkap Di Helwan Malam Tadi Setakat ini pihak PMRAM masih menyiasat berhubung laporan berita youm7 bahawa terdapat 11 orang jemaah tabligh termasuk 2 orang pelajar Malaysia ditahan pihak tentera yang telah melanggar perintah berkurung di Helwan. Pihak PMRAM juga telah menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah (KBMK) memaklumkan perihal ini. Namun sehingga kini pihak mereka masih belum menerima apa-apa laporan berkaitan penahanan tersebut. Kita PMRAM akan cuba dapatkan maklumat lanjut selepas daripada ini. "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan" Abdul Aziz Bin Ali Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013 # pray for Egypt, Syria, Palestine and All muslims over the world
Posted on: Tue, 20 Aug 2013 15:44:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015