Terkini berkaitan Palestin | Timbalan menteri agama Zionis - TopicsExpress



          

Terkini berkaitan Palestin | Timbalan menteri agama Zionis berusaha untuk Yahudi solat berjemaah di Al-Aqsa | 230713 Isnin, 22 Julai 2013 - Timbalan Menteri Agama Zionis, Eli Ben Dahan menegaskan bahawa beliau akan bekerja keras untuk membolehkan orang-orang Yahudi menganjurkan solat jemaah di Masjid Al-Aqsa berikutan pihak polis Zionis yang telah menghalang beberapa penduduk dan tokoh politik daripada memasuki Masjid Al-Aqsa. Ben Dahan berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu - 17 Julai 2013, di saluran Hebrew kesepuluh: “Bagaimana orang-orang Yahudi boleh dihalang di sebuah negara seperti Israel yang berada di bawah panggilan untuk prinsip-prinsip dan persamaan dalam kebebasan agama, dari memasuki Masjid Al-Aqsa dan sampai ke Kuil Gunung, yang diibaratkan sebagai tempat yang paling suci di dunia bagi orang-orang Yahudi", ujar beliau. Pihak polis Zionis telah bertindak cepat membawa keluar Timbalan Menteri Luar Zionis, Zeev Alkene pada hari Rabu dari Masjid Al-Aqsa di mana tidak lama selepas beliau memasukinya, berpuluh-puluh penunjuk perasaan jemaah Arab berhimpun di sekelilingnya, melaungkan takbir Allahu Akbar, yang menyebabkan mereka bimbang konfrontasi yang akan diwujudkan oleh jemaah yang hadir di Masjid Al-Aqsa. Rujukan : palestinkini.info Admin HR
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 03:19:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015