Terperangkap dalam SATU bisnes.... Tidak ada businessman yang - TopicsExpress



          

Terperangkap dalam SATU bisnes.... Tidak ada businessman yang kaya raya dengan mempunyai SATU bisnes sahaja. Tugas seorang businessman adalah mengembangkan bisnesnya yang pertama, dan kemudian dia membuka bisnes-bisnes baru. . Banyak peniaga, apabila mereka merancang mahu bisnes, mereka hanya merancang SATU bisnes. Mula-mula mereka merancang bisnes apa yang mereka mahu buka. Kemudian, mereka pun membuka bisnes itu. Kemudian, bertahun-tahun mereka mengerjakan bisnesnya nan SATU itu. . Sebagai contoh: Seorang ahli farmasi tidak mahu makan gaji. Dia mahu membuka bisnesnya sendiri. Dia pun merancang mahu membuka kedai farmasi. Kemudian, dia pun membuka kedai farmasi itu. Dia bekerja menguruskan kedainya. Selepas 7 tahun memulakan hidup sebagai businessman, si ahli farmasi itu masih duduk bekerja di dalam kedai farmasinya nan SATU itu. . Apabila kita membuka bisnes, profesion kita adalah sebagai seorang businessman. Kebetulan, disebabkan kita seorang ahli farmasi maka logiklah kita terdorong membuka bisnes pertama kita sebuah kedai farmasi. Apa yang berlaku, sebagai ahli perniagaan dan juga seorang pemegang ijazah bidang farmsi, kita telah terperangkap dalam 2 perangkap: 1. Perangkap persekolahan, yakni seseorang ahli farmasi hanya membuka bisnes kedai farmasi. 2. Perangkap bisnes pertamanya, yakni dia sibuk menjaga bisnes kedai farmasi yang dibukanya itu. . Cerita terperangkap dalam jerat bisnes pertama adalah perkara yang banyak berlaku di sekeliling kita. Contoh: Kita suka bercakap. Kita pun membuka syarikat training dan motivasi. Lalu kita duduk terperosok dalam bidang training itu bertahun-tahun. Padahal kita memiliki bakat bisnes dalam bidang-bidang lain.... - Puan Ainon PTS [ bisnes apa lagi aku nak kena buat ni? ]
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 03:02:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015