Timing Belt Adalah mustahak timing belt ditukar setiap 60,000km - TopicsExpress



          

Timing Belt Adalah mustahak timing belt ditukar setiap 60,000km (jenis proton standard, original protonparts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear).. Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km. Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah...) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..) Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat.. 1. Jangka hayat palam pencucuh(spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)* 2. Tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal - buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali. 3. Penapis minyak petrol(petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapatflow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] - setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali. 4. Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni. 5. Enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak - cuci karbon setiap 2 tahun sekali. 6. Brek cakera(disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis - biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston takrelease balikdisc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyidisc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. ** 7. Bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 - 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas. 8. Minyak kotak gear(gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac (clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali. 9. Tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi. 10. Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan ’fan’, ’alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran). 11. Timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula. 12. Mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda. 13. Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 07:02:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015