Tindakan Kerajaan Pusat mewujudkan Jawatakuasa Perwakilan Penduduk - TopicsExpress



          

Tindakan Kerajaan Pusat mewujudkan Jawatakuasa Perwakilan Penduduk (JPP) bagi menyokong program pembangunan masyarakat khususnya di kawasan bandar hanya mengelirukan rakyat kerana ia mempunyai peranan sama ahli majlis.Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Raja Fairuz Raja Mazlan, berkata konflik dan kecelaruan di kalangan rakyat akan timbul apabila wujud dua pihak memegang peranan sama di sesuatu kawasan.“Tindakan Kerajaan Pusat ini seolah-olah sengaja mahu menganggu-gugat dan memecah belahkan hubungan yang terjalin antara masyarakat dan ahli majlis,” katanya kepada Selangor Kini,Fairuz berkata kewujudan entiti di bawah kelolaan Kerajaan Pusat itu bersifat politik yang mempunyai agenda tersembunyi.“Kewujudan JPP seolah-olah ingin menonjolkan peranan Kerajaan Pusat sebagai juara dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.“Ia sekaligus menyemai persepsi negatif kononnya Kerajaan Selangor, PBT dan ahli majlis gagal membawa dan menyelesaikan isu rakyat sehingga terpaksa merujuk kepada JPP,” katanya.Sebelum ini, Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata beliau kesal apabila kerajaan pusat bertindak mengumumkan perkara itu tanpa merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu dan dan ia mungkin melanggar Perlembagaan.
Posted on: Wed, 13 Nov 2013 05:50:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015