[Tips] Perkara yg anda boleh lakukan sendiri bagi mengubah - TopicsExpress



          

[Tips] Perkara yg anda boleh lakukan sendiri bagi mengubah kedudukan bayi dari songsang kepada normal: 1. Merangkak Luangkan lebih byk masa utk berada di dlm keadaan seperti merangkak. Dgn melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dpt menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan utk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar. 2. Kaedah panas - sejuk Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yg berisi air suam. Bayi anda akan cenderung utk bergerak ke arah sumber haba. 3. Pek ais Letakkan pek ais di atas perut. Namun anda dinasihatkan utk melapik perut dgn kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah utk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yg demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah. 4. Berendam di kolam renang Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yg diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi utk memusingkan kepalanya ke bawah. 5. Menyanyi dan bercakap Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dgn tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda. 6.Senaman tilt position Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan utk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yg sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir. Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yg sepatutnya. 7. Lampu suluh Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah utk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya. 8. Pujukan Anda dinasihatkan supaya kerap berbual bual dgn bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yg betul. 9. Doa Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yg lainnya. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Mommies2 jom LIKE (y) Baby One Stop Centre , pelbagai koleksi barangan Utk si COmel mommies Rumahtangga Bahagia Selamanya
Posted on: Fri, 23 Aug 2013 08:30:00 +0000

Trending Topics




© 2015