Tips berbelanja barangan runcit Seperti yang kita sedia maklum, - TopicsExpress



          

Tips berbelanja barangan runcit Seperti yang kita sedia maklum, bukan sahaja petrol dan rokok telah naik harga, malah kos barangan runcit juga semakin menjerat leher. Salahkan ia pada harga minyak, hasil tanaman tidak menjadi, pemanasan global yang serius atau inflasi. Namun tahukah anda, selain daripada kita hanya bijak berkata, kita juga mampu untuk jadi bijak dalam berbelanja. Apa yang anda perlu lakukan ialah lihat senarai di bawah dan cuba pratikkan tips ini ketika berbelanja barangan runcit. Tips ini mampu membantu anda mengurangkan kos runcit bulanan tanpa perlu mengorbankan keinginan anda. Rancang perbelanjaan Sediakan satu inventori barangan yang anda perlukan sebelum membeli belah. Ambil masa 15 – 30 minit untuk memeriksa ruangan dapur anda dan mengenal pasti bahan apakah yang anda perlukan. Buat senarai beli – belah secara terperinci berdasarkan keperluan mingguan dan bulanan anda dan bajetkan jumlah harga yang perlu di bayar. Dengan cara ini, anda mampu mengenal pasti tahap keperluan runcit anda. Sebelum anda merancang menu mingguan, cuba semak iklan pada surat khabar atau laman sesawang jika pasaraya yang anda bakal kunjungi mempunyai tawaran harga rendah pada sesetengah barangan yang terdapat pada senarai anda. Jika mendaftar sebagai ahli pasaraya itu anda akan mendapat potongan harga pada barangan, apa salahnya mendaftar. Makan terlebih dahulu sebelum keluar berbelanja Alas perut terlebih dahulu sebelum keluar berbelanja dan berpegang pada senarai runcit anda sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan anda membeli dengan berlebihan. Pilih untuk makan makanan yang sihat Menurut kajian daripada Persatuan Dietetik Amerika, pakar penyelidik mendapati dengan makan makanan yang sihat sebenarnya lebih menjimatkan wang anda. Makanan yang sihat disini lebih tertumpu pada bahan mentah yang anda perlu memasak sendiri dirumah dan bukan pada makanan yang telah diproses. Mahu makan, tak mahu membazir Sebelum anda membeli barangan runcit yang mudah rosak, fikir dahulu bila anda mahu menggunakannya. Sebagai contoh, jika anda membeli sayur, disarankan supaya anda membeli dalam kadar sedikit. Sayur merupakan bahan makanan yang cepat rosak walaupun di simpan di dalam peti sejuk. Jika anda mempunyai baki makanan pada hari ini, jangan buang makanan tersebut, simpan dan jika ia masih elok di makan keesokan harinya, habiskanlah makanan tersebut mungkin anda boleh mengubah suai baki makanan tersebut dengan menambah bahan lain mengikut kreativiti dan selera anda.
Posted on: Mon, 21 Oct 2013 06:00:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015