Tuhan dalam melimpahkan kebahagiaan untuk seseorang itu menerusi - TopicsExpress



          

Tuhan dalam melimpahkan kebahagiaan untuk seseorang itu menerusi berbagai warna, cara dan rasa. Ia kadangkala merentasi khayalan dan andaian manusia. Betapa ramai yg kita pandang zahirnya derita, batinnya mungkin jauh lebih bahagia dari apa yg kita rasa. Betapa ramai yg dilihat sedang bermandian dengan nikmat dan kebahagiaan, tetapi hakikat Tuhan sedang mencampakkan dalam jiwa keresahan dan derita jiwa yg tidak dapat diuraikan dan ungkapkan dengan lidah untuk diadukan kepada sesiapa. Kehidupan ini sungguh ajaib dan luar biasa. Tuhan menulis kehidupan yg hakiki, ia merentasi khayalan seorang penulis. Dari kehidupan seseorang yg berjalan dalam alam realiti bersama dengan segala asam garam kehidupan, yg tersurat dan tersirat dan yg zahir dan batin yg ditentukan oleh Tuhan itu, tentu tidak dapat digarap oleh khayalan seorang insan... ALLAH Maha Bijaksana.
Posted on: Mon, 30 Sep 2013 04:23:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015