Tujuh kedai nasi kandar antara 22 premis makanan kotor di Pulau - TopicsExpress



          

Tujuh kedai nasi kandar antara 22 premis makanan kotor di Pulau Pinang 15/07/2013 GEORGE TOWN - Tujuh kedai nasi kandar adalah di antara 22 premis makanan di negeri ini yang diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana didapati kotor. Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafisah Ku Ariffin berkata, pihaknya memantau beberapa hari di premis makanan terbabit sebelum melakukan operasi selama enam jam bermula pukul 9 pagi tadi. "Antara kes yang dikesan adalah kewujudan serangga vektor dalam bahan memasak, peti sejuk tidak berfungsi dengan baik, bahan makanan diletakkan di tempat tidak sepatutnya dan penggunaan alatan memasak yang kotor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata 34 premis diperiksa iaitu empat di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (13), Seberang Perai Selatan (enam), Daerah Timur Laut (lima) dan enam di Daerah Barat Daya. Ku Nafisah berkata, sehingga Jun tahun ini, 3,288 premis makanan telah diperiksa dan 96 daripadanya diarah tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Katanya, operasi sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha makanan menyedari tanggungjawab menjaga kebersihan dan mengamalkan cara pengendalian makanan yang selamat. - Bernama KOSMO
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 10:16:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015