Tukar duit AUD nak pegi mana? Uncle cina - TopicsExpress



          

Tukar duit AUD nak pegi mana? Uncle cina tanya. Belajar. Oo..banyak bagus.. dia sengih sambil buat thumbs up. Ambik course apa? Tanya dia lagi. Psychology. Ketawanya makin rancak bergema. All the best la nanti kerja tg rambutan Senyum saja. Dah biasa. Haha. Ambil psychology bukan setakat jadi doktor gila, uncle You mau tau ke kenapa orang jadi gila? Ada 3 sebab sebenarnya. Satu, orang kaya yang tak tau nak buat apa. Dua, orang miskin. Tiga, orang yang terlampau sayang family. Fasih uncle itu bercerita. Yeke uncle? Bagi saya orang sakit jiwa sebab satu benda je Apa? Tanya uncle tak sabar. Senyum sebab hati dia kosong. Seraya itu kuat kedengaran uncle itu ketawa. Habis mau isi apa? Isi dengan Tuhan. Pendek dan serious. Mati tawa uncle itu. Sebab its a human nature to have something that we can rely on when thing gets harder. Bila semua benda tak menyenelahi kita. Hanya tuhan saja yang ada. And dalam hidup setiap orang dari kita yang akan faces the hard times. And pada masa tu hanya tuhan saja yang ada. Jadi orang tak terlalu risau sebab dia tahu, dia hanya perlu usaha dan settle his part. After that, let He decide. Suasana sunyi. Betul. I agree dengan you. Dia senyum. Cari tuhan, huh? Dia mengeluh. Nombor giliran dipanggil. Uncle tersebut bangun. Sebelum pergi dia sempat berkata, All the best, deat psychologist dia kenyit mata. Moga tuhan mudahlan kamu bawa orang kembali jumpa tuhan. Dalam sangat makna dia itu. Moga Allah permudah. Dan Moga Allah beri dia hidayah. dia orang baik. Moga dan moga. Amin.
Posted on: Tue, 28 Jan 2014 12:25:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015