Tulisan Naqibah Qasrus - Ukhti Aminatul Rafiqah :) DUHAI - TopicsExpress



          

Tulisan Naqibah Qasrus - Ukhti Aminatul Rafiqah :) DUHAI MUSLIMAH..BACALAH.. KETAHUILAH..UNTUK DIRIKU JUA.. Bukan niat di hati untuk angkuh.. Bukan niat untuk menyakitkan hati ukhti.. Bukan niat untuk tidak mempedulikan ukhti.. Tetapi.... Kerana ana sangat menghormati ukhti.. Ana melakukan semua ini.. Kerana ukhti adalah seorang muslimah. Maafkan ana kerana memerhatikan ukhti dalam diam.. Namun ana kecewa dengan ukhti.. Di manakah seorang muslimah yang mampu menjaga ikhtilatnya..? Mampu menjaga batas pergaulan sesama bukan mahramnya..? Bukan sahaja di dunia realiti.. Malah juga di alam maya! Namun, ukhti? Adakah ukhti melambangkan ciri-ciri muslimah?? Berhubungan dengan bukan mahram, dengan perkara yang sia-sia di alam maya.. tanpa alasan yang kukuh?? tanpa tujuan yang munasabah?? Adakah itu ciri-ciri muslimah??? Pastikah setiap perbualanmu di alam maya bersama bukan mahram tidak menimbulkan penyakit hati dalam golongan syabab?? ........Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzaab 33:32) Ana tidak mampu untuk menegur ukhti secara terus terang.. Ana ingin melihat ukhti berubah sendiri.. Atas kesedaran sendiri.. Iya, memang tiada manusia yang sempurna.. Tetapi tidak salah untuk berusaha menjadi sempurna. Jagalah ikhtilatmu di alam maya.. Bukannya tidak boleh menegur bukan mahram, Tetapi pastikan ada tujuan.. Tujuan yang dibenarkan.. Bukan hanya perbualan kosong semata-mata. Hanya doa yang mampu ana kirimkan.. Semoga ukhti sentiasa berada dalam rahmat Allah.. Ana sangat menghormati ukhti.. Kerana ukhti adalah seorang muslimah. Moga Allah redho akan kita semua~
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 08:35:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015