Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan rakyat Malaysia memilih - TopicsExpress



          

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan rakyat Malaysia memilih demokrasi dan bukannya pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng serta menyatakan isu tersebut bukanlah sesuatu yang harus dibangkitkan. Bekas perdana menteri itu menuduh Chin Peng mempunyai cita-cita tersendiri untuk menubuhkan negara komunis, ideologi yang bertentangan dengan kehendak rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum. "Beliau (Chin Peng) mempunyai cita-cita tersendiri untuk menubuhkan negara komunis. "Rakyat Malaysia pilih demokrasi," kata Dr Mahathir selepas ditemui selepas satu majlis di International Youth Centre (IYC), Kuala Lumpur. Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia pada 16 September lalu di Bangkok, Thailand selepas lama bertarung melawan penyakit barah. Beliau dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924. Hasrat keluarganya dan rakan-rakan untuk mengebumikan abu mendiang di kampung halamannya menerima tentangan hebat daripada Putrajaya. Mayat Chin Peng dibakar di Bangkok semalam namun masih belum diketahui di mana abu mayatnya akan disimpan. Ahli keluarganya masih membisu berhubung isu berkenaan meskipun ahli-ahli politik masih berdebat sama ada abu mayatnya boleh dibawa pulang ke Sitiawan atau sebaliknya. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan menentang abu Chin Peng dibawa pulang kerana dibimbangi akan dipuja sebagai seorang pejuang. Hujung minggu lalu bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu sebuah stesen radio tempatan Malaysia akan jadi bahan ketawa sekiranya menghalang abu mayat bekas pemimpin PKM itu masuk ke dalam negara.
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 12:55:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015