Tunku Abdul Rahman berkata "Sukan merupakan agen perpaduan." Ya, - TopicsExpress



          

Tunku Abdul Rahman berkata "Sukan merupakan agen perpaduan." Ya, memang benar, ketika itu sukan, terutama bola sepak merupakan agen perpaduan, pengerat hubungan sesama kaum, dan suku di Malaysia. Namun, bagaimana dengan situasi hari ini? Maaf jika saya katakan, sukan hari ini seolah-olah agen perpecahan. Bukan salah sukan, namun salah peminatnya yang terlalu fanatik sehingga membakar semangat kenegerian hingga hangus kasih sayang antara manusia. Caci mencaci, hina menghina, kian menjadi-jadi, persaingan yang sihat kini tenat, semuanya dicerca seolah sukan adalah nyawa bagi kewujudan esok dan lusa. Harapnya, guru sudi mendidik bangsa, sedarkan semula bahawa sukan itu hiburan sahaja, kebaikannya diambil disimpan, dibawa ke mana-mana, keburukannya ditinggal-tinggal, jangan jadi punca perbalahan.
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 11:51:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015