Twilight Zone Poltergeist Poltergeist pernah dipopularkan - TopicsExpress



          

Twilight Zone Poltergeist Poltergeist pernah dipopularkan dalam filem seram Hollywood arahan Steven Spielberg di era akhir tahun 80an dahulu. Filem seram ini mengisahkan tentang gangguan makhluk halus yang menyebabkan sebuah keluarga menjadi huru-hara dalam rumah yang mereka duduki kerana semua barang-barang terangkat dengan sendirinya dan mencederakan mangsa. Poltergeist merupakan satu istilah dalam subjek Paranormal yang dimaksudkan sebagai hantu bising. Fenomena ini disebabkan aktiviti entiti yang berniat jahat dan suka melakukan gangguan, kerosakan dan kebakaran tetapi tiada kelibat pelaku yang ditemui. Akibat daripada gangguan entiti ini, penghuni rumah atau mangsa sering terganggu kerana barang-barang di dalam rumah bergerak sendiri seperti diangkat oleh sesuatu dan ia menghala ke arah mangsa. Ada juga kes poltergeist yang menyebabkan kebakaran, membaling batu dan bunyi cakaran pada dinding rumah. Ada juga fenomena poltergeist mengaitkan perbuatan yang dilakukan oleh remaja, wanita muda dan individu yang mengalami stres melampau dimana mereka melakukannya di bawah keadaan separa sedar. Sejagat Raya - Cetusan Alam Sejagat
Posted on: Mon, 04 Nov 2013 05:58:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015