UNTUK RENUNGAN KITA SEMUA UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN...INSHA ALLAH - TopicsExpress



          

UNTUK RENUNGAN KITA SEMUA UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN...INSHA ALLAH MENDAPAT KEBERKATAN DUNIA & AKHIRAT...! 1. Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 :- Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya. 2. Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin. 3.Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt. 4. Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat. 5. Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat.. 6. Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi 7. Surah Al An’aam :-Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana 8. Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam. 9. Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa. 10. Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :-Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah. 11. Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia 12. Surah Al Baraah (At-tawbah):- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman. 13. Surah Al Baraah (At-tawbah)– Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju. 14. Surah Al Baraah (At-tawbah)– Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir. 15. Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat 16. Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau. 17. Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa. 18. Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar. 19. Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati. 20. Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah . 21. Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. 22. Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak. 23. Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir. 24. Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh. 25. Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah. 26. Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat. 27. Surah Al Isra (Bani Israil) – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia 28. Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki. 29. Surah Maryam :-Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat 30. Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud. 31.Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna. 32. Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah. 33. Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya 34. Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum 35. Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh. 36. Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk 37.Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai. 38. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular 39. Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya 40. Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya. 41. Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya. 42. Surah Al Ankabut :-Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah. 43. Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut. 44.Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir 45. Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat. 46. Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani 47. Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. 48. Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 49. Surah Saba :- Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana 50. Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya. 51. Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah. 52. Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin. 53. Surah Shad – Ayat 42 :-Nescaya mendapat kebahagiaan sejati. 54. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular 55. Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan. 56. Surah Ad Dukhan :- Baca selepas solat Isyak akan mendapat keampunan yang didoakan oleh 70 000 malaikat. 57.Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki. 58. Surah Al Mulk :- Baca setiap hari agar terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga. LAGI BACAAN AMALAN (1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) = Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. (2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) = Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya. (3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) = Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : "Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika si pembacanya meninggaldunia pada malam itu, ia dikira mati syahid." Hadith yang lain mengatakan:
Posted on: Thu, 01 Aug 2013 18:01:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015