Ubat dan vitamin?apa bezanya? Secara umum yg kita tahu, ubat - TopicsExpress



          

Ubat dan vitamin?apa bezanya? Secara umum yg kita tahu, ubat digunakan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit manakala vitamin merupakan makanan tambahan yg mengandungi nutrien yg diperlukan oleh tubuh. Dibawah ni ada sedikit penerangan tentang ubat dan vitamin. **** Ubat-ubatan boleh dikategorikan dalam 2 jenis, iaitu Ubat Terkawal dan ubat am. Ubat Terkawal merupakan ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat darah tinggi atau ubat kencing manis), manakala ubat am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat suplemen kesihatan atau vitamin). (pharmacy.gov.my) Vitamin bermaksud bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien. (wikipedia.org) *** Jadi, kenapa perlu ambil vitamin? Kekurangan nutrien dalam badan boleh menyebabkan kelesuan, penuaan pramatang, antibodi tidak kuat, keguguran rambut, masalah ketika hamil, osteoporosis dan lain2.. - untuk melengkapkan nutirisi bagi yg kurang mengamalkan pemakanan yg sihat. Ini kerana nutrien hanya terdapat dalam makanan dan supplemen seperti vitamin. - bagi yg tidak mengikut cara pemakanan dalam piramid makanan tentunya akan kekurangan nutrisi dan perlu untuk menggantikannya melalui pengambilan vitamin. - walaupun kita mengambil makanan seimbang, nutrien dalam dalam makanan masih boleh terjejas dan tidak diserap dgn baik oleh tubuh. Sesetengah vitamin mudah hilang seperti vitamin B yg hilang dari badan melalui perkuumuhan. Penyerapan nutiren juga boleh terganggu dengan cara pengambilan yg salah seperti pengambilan protein bersama ramai yg menganggap diri mereka sihat walaupun tidak mengamalkan makanan yang sihat. Kesan kekurangan nutrisi mungkin tidak dilihat dalam tempoh yg singkat, tetapi setelah badan kita melalui proses tertentu dalam hidup, perubahan yg ketara akan dirasai dan jelas kelihatan. 7 sebab kenapa perlu ambil vitamin - kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar - badan kita memerlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah nutrien - buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar - mengamalkan gaya hidup yg tidak sihat - kebanyakan rakyat malaysia makan ikut selera - gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan - kehilangan nutrien dalam makanan melalui proses memasak Anda faham kenapa perlu kepada vitamin? Anda juga mengalami masalah kekurangan nutrisi?Mungkin anda rasa tak perlu buat masa ini, tapi kes kematian berpunca dari antibodi yg lemah juga banyak menyerang kanak-kanak. Jangan ambil mudah keperluan nutrien dalam badan kerana boleh menyumbang kepada banyak penyakit lain. Sharing is caring.. Livelove&laugh ^_^
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 01:18:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015