UniMAP Tandatangan Perjanjian ‘Passage to ASEAN’. 8 - TopicsExpress



          

UniMAP Tandatangan Perjanjian ‘Passage to ASEAN’. 8 November 2013, Kuala Lumpur – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berhasrat membantu menggerakkan mobility ASEAN di peringkat pengjian tinggi dengan memeterai perjanjian persefahaman dengan Sekretariat Passage to ASEAN, Rangsit University, Thailand. UniMAP yang diwakili oleh Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin telah menandatangani perjanjian tersebut bersama wakil Rangsit University iaitu Jerome Schedlar, Penolong Presiden bagi Hal Ehwal Antarabangsa bertempat di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Di samping itu, pihak UniMAP dan RSU juga membincangkan cadangan kerjasama akademik dan pembangunan staf serta pelajar. Passage to ASEAN (P2A) merupakan program kerjasama diantara universiti-universiti di negara ASEAN yang bertujuan menggalakkan pergerakan pelajar di rantau ini beserta memberi pendedahan silang budaya kepada mereka. Program ini adalah sejajar dengan hasrat untuk merealisasikan komuniti ASEAN yang berteraskan Keselamatan, Ekonomi dan Kebudayaan. Ketika ditemui, Naib Canselor UniMAP menyatakan yang UniMAP sentiasa menyokong hasrat untuk mengaktifkan jaringan kerjasama di rantau ASEAN. Beliau memberi contoh program yang dilaksanakan oleh UniMAP seperti Asia Summer Program dan i-ENVEX yang telah mencapai kejayaan yang luarbiasa. Di majlis tersebut, Naib Canselor juga menerima pelantikan sebagai Jawatankuasa Pemandu bagi program P2A tersebut. Turut hadir ialah PM Dr. Rozailan Mamat, Pengarah Pusat Kerjasama Industri dan PM Che Mohd Ruzaidi.
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 14:47:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015