Ustaz Azhar Kata :- Kalau kita tak suka seseorang yang suka pada - TopicsExpress



          

Ustaz Azhar Kata :- Kalau kita tak suka seseorang yang suka pada kita, terus terang sahaja. Jangan buat orang menanti. Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita. Jangan sampai libatkan kedua-dua keluarga. Jika pasti tidak suka, katakan saja tidak suka. Jika suka, katakan suka. Sebab kita tidak tahu mungkin Allah akan membalas kembali perbuatan kita membuat orang ternanti-nanti. Buat orang menanti dengan harapan palsu adalah berdosa. Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang. Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Tuhan. Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian. Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita. Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak. Belajarlah dengan tegas berkata, Ya atau Tidak. Istikharahlah juga sebelum memberi jawapan. ;D
Posted on: Mon, 20 Jan 2014 13:55:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015